21 March 2013

Jewel In The Palace / Dae Jang Guem

Holla dearie.. Salam manis buat semua..
Sejak dua menjak nih..
ai meonton cerita Jewel In The Palace..
cerita Korea ala klasik..
tapi sangat best bagi ai..

Sebenarnya ai pernah tengok cerita tu masa ditayang 
di 8tv tahun-tahun lepas. Tak ingat dah tahun bila..
tapi tak tengok dari episod 1..
Cuma sekali ai menonton..ai dah tahu cerita ni best..

Mana taknya cerita nih berkisah pasal kepakaran
makanan dan perubatan..
Memang banyak pengajaran dan pengetahuan
yang boleh kita belajar dari kisah nih..

Suka watak utama Janggeum yang dimainkan oleh Lee Young Ae

Ai suka tengok cara kehidupan dalam istana . Tempat dia cantik lepas tu bersih pulak dalam istana tu . Pakaian mereka seragam saja kecuali warna baju . Haha . Bahagian dapur baju warna lain sikit , bahagian pengawal warna lain , bahagian perubatan warna lain . Banyak betul . Lepas tu bila pangkat . Rasanya baju mereka ada ikut pangkat jugak . Bila yang kepala *orang atasan tu baju dia lain dari yang lain . Bila dalam bilik teratur saja kemas . Wuuu , rasa macam nak jejak saja tempat tu . Hehe 

Drama ni based on a true story . Fyi , drama ni ada 70 episode tapi bila tengok dekat wikipedia ada 54 episod . Ai tak ingat sangat masa saya tengok tu ada berapa episode. Saya pun tak tahulah macam mana saya boleh follow cerita panjang ni . Saya masih ingat sikit-sikit jalan cerita dia walaupun tengok 8 tahun yang lal .Serius best.Haha .

Rasanya kali pertama jugalah saya tengok zaman tradisional negara tu . Cara kehidupan dalam istana , pakaian mereka *hanbok , cara masakan mereka , cara perubatan zaman dulu , adab-adab mereka *punyalah sopan-santun . Lepas tu tengok rambut yang perempuan dendan panjang berjela lilit atas kepala *tak berat ke! Haha. Tapi tu palsu saja tu . Bayangkan kalau tak palsu . Hehe . 

Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.

Drama ni macam ada 3 peringkat . Peringkat pertama permulaan cerita . Yang kedua bila Jang Geum dalam bidang masakan dan peringkat ketiga dalam bidang perubatan . Bahagian bidang masakan tu bila tengok rasa geram saja dekat watak jahat tu . Lol ! Bila dalam bidang perubatan cerita dah nak habis .

Nak tahu lebih detail pasal drama ni klik sini ...

Cantik kan..Like a princess ;)

Jatuh cinta dengan cerita nih..

:: HuGs & KisS ::

1 Comments:

Ainur Athikah said...

Saya tak minat tengok cerita Korea. Saya suka cerita cina dan hindustan yang lasak2. Bukannya cinta 24 jam. Betul tak? ^_^

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-