12 September 2013

DIY Bingkai Bunga Eva Foam Roses :)

Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca blog PINK kesayangan
ai tetiba terasa dapat idea yang cantik untuk dibuat pada hari bahagia..
sungguh...cantik sangat, dan mudah.
Paling best sangatlah murah dan senang didapati.

Bahan : Bingkai Gambar..
Gam tembak
Eva foam ala span nipis warna warni.! ;)













STEP 1 : potong 3 keping eva foam mengikut besar yang anda inginkan... kalau kecik sangat susah nk bentuk... diameter 5-8 inci dah boleh menghasilkan bunga yang cantik....

STEP 2 : kemudian gunting seperti gambar rajah diatas... yang petama potong 1 garis je..  yang kedua potong sampai putus dua kelopak.. yang ke 3, potong sampai putus 1 kelopak... sbb yang kecik tu kita nk buat kelopak dia...
STEP 3 : kite buat kelopak bunga.. 
pakai kelopak yang 1 dah putus tu.. 
 STEP 4: kite ambil kelopak 2 ketul pulak dan cantumkan...cantumkan dihujung supaya ia kelopak dan terbuka...
STEP 5 : now kite ambil kelopak 4 dan cantumkan dan gulungkan! hohoho
STEP 6 : kite ambik kelopak 5 dan buat menda yang sama pulak..
STEP 7 : ambil kelopak yang terakhir... kepingan foam yg ade 6 kelopak n cantumkan 
STEP 8 : Taraaa siapppp! cantikkan ^______^

Comel sangat! Hee tak sabar nak cuba..
:: HuGs & KiSs ::

1 Comments:

Teena Tna said...

Lawa....
Tapi sy tak nak buat, nak beli jerr...

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-