Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 September 2013

Kampung Girl...♥

Salam manis buat pembaca blog PINK ;)

Ahaa ai nak share novel 'Kampung Girl' dari Karyaseni 
yang dikarang oleh Umi Kalsom. Harganya RM21 jer. 
Best sangat novel ni, ada babak kelakar. Ai bagi 4.5 bintang
 daripada 5 bintang. Dah la cover depan warna pink, 
semangat je nak baca novel bila warna pink 
lagi lagi comel je cover depan. Hikss


Jom baca sinopsis novel ni. Nak baca full, mohon beli novel ok. Hihihi  -,-

***
Perkahwinan diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

***

Amacam? Baca sinopsis, ada rasa macam nak beli tak? Hihi Tak rugi lah kalau beli, sebab best. Lagi pun nanti ada drama kat tv3 yang adaptasi novel ni, mestiii lagi best, sebab Akim berlakon sebagai Ashraf Khairi.  


Alolor.. :')

Bagi yang masih ragu ragu nak beli novel ni, boleh cuba baca
 online kat SINI. Ada la beberapa part, takda l lah semua part. Heeeeeee  :')

Kalau beli kat web Karyaseni, dapat diskaun RM3 tau, tak payah susah susah pergi Popular, MPH ataupun kedai buku yang lain, hanya transfer duit dan tunggu abang posmen hantar je. See, senang kan? Jimat masa, jimat minyak kereta. Dah la dapat diskaun RM3 pulak. Best best ! Nak beli, klik SINI. Terima kasih :)

Psst ai terminat pulak tengok cerita nih kat TV3 setiap Jumaat malam Sabtu..
:: HuGs & KisS ::

0 Comments:

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-