Assalamualaikum..Salam Jumaat semua ..
ai teringin nak makan waffle. Jadi ai google waffle untuk homemade.
dan ini la bahan dan cara-caranya.. ;)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis kering
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar mentega yang dicairkan
- 1 cawan susu segar dalam suhu bilik
- 1 biji telur dalam suhu bilik.
- 1 sudu besar esen vanila
- 1/2 cawan Air panas hangat / suam
Cara-caranya :
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit.
Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya.
5. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masak..Hee
Comel kan? Sumber : Google
:: hugs and kiss ::
1 Comments:
Sedapnya waffle. Thanks for the recipe. Weee~
Post a Comment