Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 June 2014

Petua Mudah Rampingkan Pinggang :)

Menurut satu laporan kajian yang diterbitkan
seseorang yang sendiri berdri mempunyai
 ukuran pinggang 4.1 cm lebih kecil
daripada mereka yang lebih banyak atau kerap duduk..

Maka tips mudah untuk rampingkan pinggang ialah dengan berdiri.
Berdiri boleh membantu badan menyingkirkan
 lemak dan gula dalam darah :)
Cubalah amalkan untuk bangun daripada kerusi setiap setengah jam sekali
dan berdiri selama 1 minit sebelum duduk semula..

Ataupun jika berkemampuan bagi yang bekerja 
di pejabat cubalah bangun dari tempat duduk setiap kali menjawab
panggilan telefon dan sebagainya..

Senaman Kecilkan Punggung

Perut dah kempis. Lengan dah cantik. Peha dah kecil. Punggung pula terlalu besar.
Jadi, nak hilangkan rasa pelik orang mari 
kita lakukan senaman khas untuk membuang lemak di punggung.

Caranya begini…..

Langkah 1 – Langkah sisi

Buat posisi seperti gambar di atas. Bengkokkan lutut sedikit. 
Badan pula jatuh sedikit di hadapan.

Langkah kaki kiri ke sisi. Kembali kedudukan asal. 
Kemudian lakukan pada kaki kanan pula. 
Kalau boleh lakukan langkah ini dengan 
sedikit laju. Buat selama 3 minit.

Langkah 2 – Tendang belakang

Berlutut seperti posisi gambar di atas. Posisi kaki kiri adalah 90 darjah.

Tendang kaki kiri kita ke atas. Lakukan sebanyak 15 kali. 
Selepas itu lakukan pada kaki kanan pula.

Langkah 3 – Lunge ke belakang

Berdiri tegak sambil meletakkan tangan di pinggang.

Langkah kaki kiri ke belakang. 
Kemudian turunkan badan kita sehingga peha kanan mendatar. 
Pastikan lutut kiri tidak mencecah lantai dan badan kita dalam keadaaan tegak. Kemudian bangun semula. Lakukan selama 3 minit. 
Kemudian tukar ke kaki kanan pula.

Langkah 4 – Angkat Punggung

Baringkan diri kita dengan membengkokkan kaki seperti gambar di atas.

Angkat punggung kita ke atas setinggi yang boleh. 
Tahan dalam kiraan 3. Kemudian turunkan badan kita perlahan-lahan. 
Lakukan selama 3 minit.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
Jika mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. 
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
 Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
 Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
 Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

1 Comments:

MisakiPureBlood said...

takmo ramping2 dah.. nak kempis2 kan lak ahahaha XDD

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-