Mempunyai pipi yang tembam dan bulat boleh menampakkan bentuk wajah kamu agak kegemukan. Ikutlah apa sahaja teknik make up untuk menutupi kelemahan pasti ia akan terserlah juga. Jadi, ayuh ikut 6 cara kuruskan pipi yang mem bulat di wajah!

# 1 : KUNYAH GULA-GULA GETAH!
Mengunyah gula-gula getah merupakan salah satu senaman terbaik buat wajah. Ia mampu menbuatkan segala otot di wajah ‘berkerja’. Jadi, secara tidak langsung, ia membuatkan wajah kamu semakin tirus dan kecil.

# 2 : TEKANAN BOLA TENIS
Jangan terkejut, bola tenis juga boleh digunakan sebagai alatan untuk mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini beberapa kali selama 15 – 20 saat dengan cara letakkan bola tenis di kawasan leher dan tahan dengan dagu.

# 3 : MENGUAP
Menguap mampu membakar lemak di kawasan dagutetapi elakkan dari melakukan pekara ini secara kerap.

# 4 : GERAKAN MULUT IKAN
Hirup udara yang segar sambil memuncungkan bibir sehinggi pipi menjadi runcing. Tahan selama beberapa saat, pastikan tiada udara yang keluar melalui mulut saat menahan nafas lalu hembuskan dan kembalikan posisi wajah yang normal. Lakukan sekurang-kurangnya sepuluh kali.

# 5 : KETAWA
Bukan hanya membuatkan kamu rasa lebih bahagia, ketawa juga mampu mengecilkan bentuk wajah. Ini kerana apabila kita ketawa, dagu akan bergerak ke atas dan ke  bawah. Ia akan menarik segala otot di wajah.

# 6 : LATIHAN PIPI
Buka mulut selebarnya dan jelirkan lidah lakukan gerakan ini secara melingkar (putaran). Lakukan gerakan ini selama 60 saat dan ulangi sehingga setengah jam. Teknik ini akan melonggarkan otot-otot di wajah agar lebih relax dan tidak tegang.

Selamat Mencuba :))
Kredit : Haji Google