Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

08 August 2011

Manis nya Kurma ini.. ;)

Assalam warga dunia yang cumil dan macho.. Sekejap je kan dah 8 hari kita berpuasa. Hari ni ai nak menaip pasal kurma. Uols suka makan buah kurma yang sinonim dengan zaman Rasul dan Nabi. kurma sangat ajaib buahnya kerana memberi banyak khasiat pada seluruh tubuh badan. sebab tue ia memang elok untuk dimakan semasa berbuka dan sahur sebagai tenaga luar biasa ;)

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Rasullullah S.A.W..
See..banyak kan khasiat nya. Ai pun suka sangat kurma dan sekarang sangat mudah untuk kita dapat kan buah kurma di pasaran. Tambah ada gred dan pelbagai jenis mengikut citarasa masing masing. Ai suka pada buah kurma sebab rasanya yang manis asli mengadungi besi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. uols perasan tak yang buah kurma juga akan muncul setiap kali menjelang nya Ramadhan Al- Kareem. ;) Mak ai penah berpesan, jika sahur hanya makan beberapa biji kurma dan air masak boleh bertenaga ibarat sehari makan berbanding dengan ornag yang berpuasa dan bersahur tanpa buah kurma. Best kan..?

Jadi pada sesiapa yang tak suka buah kurma, cuba cuba lah rasa dan makan. mana tau lepas ni jadi buah feveret tika kelapangan seperti prune Sun Sweet yang sedap meletops tu. Teeheee=D Okeylah Selamat berblogging uoOls. As salam.

1 Comments:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
aku paling suka kurma madu!!

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-