26 July 2012

Solat Dhuha dan Keistimewaannya..

Salam Ramadhan ai ucapkan pada pembaca blog PINK kesayangan :)
Disini ai nak kongsikan ilmu tentang keistimewaan Solat Dhuha..
Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya.


Namun begitu, bukan senang bagi mereka yang tidak pernah melakukan solat ini apatah lagi waktunya itu adalah masa ketika kita baru hendak memulakan pekerjaan di awal pagi. Namun, apabila kita membaca kelebihan-kelebihan solat Dhuha ini, mungkin kita akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan solat ini, kalau pun tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi


Kelebihannya
  1. Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
  2. Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga
  3. Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
  4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
  5. Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
  6. Allah memudahkan segala urusan
  7. Diberikan rezeki sihat tubuh badan
  8. Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
  9. Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya. Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, ” Sahaja Saya Solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah ”
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa’awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.

Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup

Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya. Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

Doa Solat Dhuha
Selesai solat, bolehlah dibacakan doa di atas, dan dibawah adalah pengertiannya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, Kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya.
Jika ada di bumi keluarkannya, Jika ianya jauh perdekatkannya,
Dan jika ia hampir maka permudahkannya, dan jika ia haram maka bersihkannya…
Dengan kebenaran dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan keindahan-Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”
 
Dengan sedikit pendedahan tentang rahsia solat Dhuha ini, dapat membuka hati kita untuk mula menjadikan dhuha itu amalan harian. Insha Allah…

:: HuGs & KiSs ::

6 Comments:

jannah.ayub said...

perkongsian ilmu yg bagus. ;)

.zara. said...

thanks for the info! :D

coretan gadis biasa said...

mekasih sudi share ilmu ~ =), camat berpuasa ~

ZiErWa zAiNaL said...

nice sharing. thanx ya..

babycomel said...

thanks. ilmu yg sgt bermanfaat utk semua

♥Miss Yaanaako♥ said...

thank for sharing :) tak pernah cuba. nak cube esok. waktu rehat dekat sekolah :')

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-