08 September 2012

Novel Kegemaran ai dan Drama Kesukaan en.yu - Adam Hawa dan Sinopsisnya :)

Salam hujung minggu buat
 follower dan blogger yang ai hormati :)
Sekarang ni ramai yang demam cerita "Adam Hawa"..
Sebuah kisah yang di adaptasi dari sebuah novel 
yang pertama kali ai beli masa zaman remaja muda mudi ;)
Popularnya cerita ni sampaikan en.yu pun minat habis..
Sanggup beli novel secara online ! :D


 

Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.Adam dan Hawa akan bersiaran di saluran Astro Mustika HD 134   dengan 80 episod , masa  tayangan jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.
Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).
Pengambaran dibuat di  Mekah dan Perth, Australia.


-Sinopsis-

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.  
Apakah kesudahan kisah cinta mereka? 


 

P/s : walaupun ai tak penah tonton cerita ni
lagi sebab ia ditayang di Astro Mustika HD..
Tapi dapat bayang cerita melalui novel ;)

:: HuGs & KiSs ::

3 Comments:

Santan Manis said...

Novel Adam & Hawa tu kalau x slap da lma da kan. SM da baca da novel tu. best2! :D

Iqlima Azmi said...

cerita kat tv okay lahh, cuma plot macam too slow. siaran 30 mins only. novel lagi best, since Adam Mukhriz dalam novel bukan Aaron Aziz. :D

Miss BaNu said...

best gak drama ni..tgk secara online kt tenet..

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-