Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 October 2012

Kerinduan dalam Kesetiaan :)

Salam penghulu segala hari buat blogger PINK kesayangan.
Lama ai tak update..Hee. Sibuk memanjang :'P
Padahal tak ada entri menarik nak dikongsi bersama.
ai dan en.yu jarang berjumpa.
Jadi hanya telefon jadi penghubung.

Mendengar suara, bercerita, mengadu dan bertanya khabar.
Jarak jauh itu indah. Serius..
pada firasat ai, mungkin pertemuan seterusnya selepas ini 
adalah tahun depan. Sebab kena tunggu encik kesayangan
ada kereta sendiri dulu. Insha Allah..
tapi tengok la macam mana..
Kadang kadang kita hanya merancang 
tapi tuhan yang menentukan..betul tak :D


Jadi hanya doa dan tawakal padanya adalah utama.
ai harapkan yang en.yu akan setia pada ai..
dan begitu juga dengan ai..
Setia menunggu dan bersatu hingga hujungh nyawa.

Seronokkan tengok orang bertunang dan kawin.
Kawin muda memang best!
tapi ai ni belum cukup matang kot nak kawin lagi..Hiks.
Sebab tu kami (ai danen.yu) rancang kawin lambat sikit.
boleh la bersedia dari awal..
Dari segi fizikal dan mental..Mudah mudahan..

Siapa kata orang bercinta jarak jauh ni tak boleh rindu rinduan..
tapi rindu rinduan jarak jauh la ada batasnya..
ai bertuah en.yu tak jauh mana dari ai sebenarnya..
ada sesetengah pasangan tu utara- Selatan kan?
Dugaan tu ada hikmahnya..

Moga en.yu orang nya yang pndai menjaga hati dan perasaan ai.
Upss terjiwang kejap.. Apepun, hidup ni kena pandang ke depan.
Baru boleh berjaya..Jatuh bangun.
 Gado dan bertekak itu biasa
bagi pasangan. Yang penting pandai 
menjaga hubungan dengan baik.

:: HuGs & KiSs :

1 Comments:

Budak Mata Sepet said...

Alaa sweet nyee couple nehh. Yaya jealous laah pulak dengan Kak Ai. Yaya selalu baca update akak, hee. Sangat sweet. yaya doakan agar akak kekal dengan en.yu :) Amin.

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-