Salam manis dari ailullaby. Cik empunya blog pink yang biasa² nih.
Sebenarnya ai dah lama nak pos ni dan kongsi dengan kalian.
ai baru² ni baru tersedar dari mimpi yang panjang.
sebenarnya adik ai yang sering ai tengok
amalkan pemakaian stokin atau stoking nih
tapi ai belum ada kesedaran nak pakai. Nauzubillah.
Hijrah ai yang kecil ni, ai mula sendiri awal Februari 2013
Baru lagi kan..Terasa terdetik, nikmatnya berstokin..
Sangat berjalan, terasa yakin dan tenang...
Mula² pakai terasa lain juga. tapi lama kelamaan rasa selesa.
ke pasar berstokin, ke kedai pakai stokin.
dan memang best! kerana uOls nak tahu..
terutama nya wanita...
Semua muslimah kena tahu aurat wanita adalah
semua kecuali wajahnya dan kedua tapak tangan.
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada
sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling
daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang
wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya
menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan
telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Maka wajib memakai kain labuh atau berstokin untuk
menutup kaki yang sebahagian dari aurat wanita. Subhanallah...
#Jangan memudahkan cara untuk menghalalkan cara.. buat sehabis mampu...
jika tak mampu, akui itu kelemahan iman kita...
dan semoga Allah mengampuni dosa2 kita...
:: HuGs & KiSs ::
1 Comments:
alhamdulillah, =)
Post a Comment