18 March 2013

Hadiah yang Sesuai untuk Gadis..

 Salam keceriaan dari ai untuk kalian. Now ai nak taip entri mengenai hadiah yang sesuai lelaki hadiahkan untuk si gadis. Lelaki mesti susah nak fikir bila nak bagi hadiah dekat perempuan such as her birthday. Kalau dia tanya perempuan, mesti perempuan jawap tak kesah punn. Sebenarnya perempuan cepat menghargai barang asalkan ikhlas... ;)


BARANG COUPLE
Belikan benda yang ade sepasang. Satu untuk dia, satu untuk anda. Ini yang paling digemari. Macam baju ke , topi ke , beg ke ape ape ke . Sangat sweet okay ? Perempuan mesti suka punya..

ANAK PATUNG
Bercakap tentang anak patung, bukannya kau kena bagi dia anak patung barbie. Tak sesuai langsung. Tapi anak patung teddybear. ai pun dah dapat satu. tak besar dan tak kecik. Comel!

MINYAK WANGI
Perempuan kebanyakan suka wangi-wangian. So,cuba belikan minyak wangi sebagai hadiah. Tapi kena lah beli mengikut citarasa juga. Before tue tanya dulu dia suka perfume apa, tapi janganlah nampak sangat macam nak bagi dia hadiah, tanya sekadar suka suka ;)

GIRL'S STUFF
Termasuk dalam kategori kasut , baju , handbag , aksesori. Mesti perempuan suka. Ataupun yang dia harap dia dapat. Kadang kadang dia bagi hint dulu ;) Lelaki kena pandai cepat pick up.. Hee

MASAKAN
Ini yang paling mengharukan untuk perempuan Yelah, lelaki kan jarang masak, sekali dia masak untuk perempuan. Walaupun yang dimasak tu hanya roti bakar berintikan telur goreng. Tetap mengharukan. Hiks

KEK
Perempuan suka kek, kalau time birthday dia, bagi cupcake pun dah boleh buat dia tersenuyum sampai telinga. Hanya dengan ikhlas je dah mebuatkan perempuan tuh bahagia. Kalau bagi kek beringkat pun kalau tak ikhlas, memang perempuan tak suka.

BUNGA
Ini yang paling umum perempuan suka bunga. Tapi mungkin ada yang tak suka. Tapi kebanyakannya suka. Tapi beri lah bunga yang sesuai, tak ke pelik kalau dibagi bunga kaktus? Haha.

COKLAT
Perempuan semua suka coklat. Alaa, tak payah bagi coklat mahal2 pun takpa, tak payah nak susah2 beli coklat yang RM40 ringgit tu. Bagi colat cadbury pun dah cukup bahagia. en yu bagi ai Ferraro Rocher ;)

BUAT SENDIRI
Handmade. Berdasarkan atas kreativiti sendiri. Macam origami bagi dekat dia. Memang dia simpanlah sebab nilah yang paliing ikhlas sebab memerlukan masa untuk siap. Even tak payah guna duit, guna surat khabar pun dah cukup bermakna. Ataupun tulis perkataan LOVE YOU atau lain2 atas kertas then lipat2 jadik origami masukkan dalam botol. Suruh dia bukak sehari satu kertas.Romantis Habiss..!

SURAT
Ini yang paling simple tapi paling bermakna. Sebab kita tulis semua yang ada dalam hati. Gerenti perempuan tuh akan bace beratus-ratus kali. Kemudian automatik teringatkan anda.

PERHATIAN
Senanglah nak lembutkan hati perempuan ni. Cukuplah sekadar beri dia perhatian terutama lebih kepada birthday dia. Cukup sekadar tepat jam 12 malam, anda call dia dan cakap " HAPPY BIRTHDAY SAYANG! " Itu lebih precious :)  cukuplah sekadar anda hargai dia dan setia kepadanya dan ia akan menjadik ahdiah yang paling terbaik. Perempuan suka diberi perhatian.

Perempuan tak kisah pasal harga, benda murah pun dia appreciate. Cuba kau petik bunga raya dekat tepi jalan, bagi dia, tu pun dia suka. Yang ai rasa  susah beli hadiah lelaki kan? -___- "

:: HuGs & KiSs ::

5 Comments:

aienzunnur said...

teddy bear maybe..tp dh bsr pnjg ni minat kpd hadiah dh lain plak..hihi

LoveBug said...

kalau lelaki buat, dia memang gigih. kuikuikui

MarnieyZ said...

surat. tapi sekarang ni mcm mustahil je terima surat. hehehe

Ainur Athikah said...

Saya suka teddybear, bunga, coklat dan hadiah yang ikhlas dari hati. Kalau bagi macam nak tak nak pun tak ada guna juga. Kan...kan....kan? ^_^

Ainur Athikah said...

Saya suka teddybear, bunga, coklat dan hadiah yang ikhlas dari hati. Kalau bagi macam nak tak nak pun tak ada guna juga. Kan...kan....kan? ^_^

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-