Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 April 2013

Hukum Berinai Buat Lelaki dan Wanita...

Assalammualaikum ..Hai semuaa...
Meh ai nak kongsikan sikit pasal hukum berinai..
baik lelaki mahupun wanita...

Tadaa ! Cantik kan inai , seperti yang kita tau , 
inai ni dah jadi trend sekarang . macam kat facebook  , 
newsfeed memang ramai jugak la yang dok upload gambar
 diorang dok buat ukiran inai ni . memang cantik , 
memang indah , lagi-lagi bila terletak lembut kat tangan 
seorang wanita . tapi sejauh mana hukum memakai inai berukir ni yer ? 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah HARUS, SUNAT dan dalam keadaan tertentu MAKHRUH, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. 

Bagi lelaki adalah HARAM kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.

Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

Psst rujukan buat masa hadapan.  Hehe . But awal-awal dah cakap kat en.yu 
masa kahwin tak boleh pakai inai. And guess what?  Dia setuju terus.
Macam tak pecaya? Selalu dia bantah. Yes, love it! :'D

:: HuGs & KisS ::

5 Comments:

Cik Aida™ said...

thanx for sharing this :)
kat jari aida pun ada inai sekarang ^^

dariilhamkehati said...

hehehe , CP suker pakai inai tapi sangat malas nak pakai , hahahah ! kalaw ade orang tlong pakaikan , tuh yang bes , kiter tlong hulur tgn je , tp mgkin part hulur2 tgn tuh bile nak kawen nanti jer , hahaha ~

umishahirah's said...

yeayy, thanks. kekeliruan dah terjawab. hee :)

Unknown said...

Thanks for info :D

sueomey's blog said...

thanks 4 shaning..nice info.. ;)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-