Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 April 2013

Makna DiSebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros :)

Hai Semua...ai rasa nak update sesuatu yang familiar dengan lelaki dan perempuan. Perempuan sukakan bunga nak-nak bunga ros. Jom ketahui disebalik warna dan bilangan yang sesuai dijadikan panduan lelaki untuk diberikan kepada mak tersayang dan isteri tercinta. Ai belum pernah dapat bunga dari en.yu lagi..Masih ternanti-nanti ;p

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros


❀ Merah: Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang korang sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

❀ Pink: Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati



KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan


Putih: Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you


Lavender: Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Korang juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

Oren: Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru



Hitam: Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru



Biru: Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

1 Rose      ♥ Cinta pandang pertama, kau lah yang satu

2 Roses     ♥ Saling menyayangi antara satu sama lain
3 Roses     ♥ I love you
6 Roses     ♥ Aku ingin menjadi milikmu
7 Roses     ♥ Aku tergila-gilakan kamu
9 Roses     ♥ Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 Roses   ♥ Kamu adalah sempurna
11 Roses   ♥ Kaulah yang paling disayangi di muka bumi ini
12 Roses   ♥ Be my steady
13 Roses   ♥ Peminat rahsia
15 Roses   ♥ Saya minta maaf, tolong maafkan saya
20 Roses   ♥ Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 Roses   ♥ Aku setia pada mu
24 Roses   ♥ Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses   ♥ menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 Roses   ♥ Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 Roses   ♥ Cintaku padamu adalah tulen
50 Roses   ♥ Cinta yang tiada sesalan
99 Roses   ♥ Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 Roses ♥ Akan kekal bersama bahagia selamanya
101 Roses ♥ Kaulah satu-satunya cintaku
108 Roses ♥ Jom Kahwin!
365 Roses ♥ Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 Roses ♥ Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

1 Comments:

Unknown said...

Arnab salute sapa2 bagi 999 bunga ros. ^_^

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-