21 September 2013

Tips Majlis Kahwin Sederhana ;)

Assalamualaikum...Memalam ni tetiba nak update 
sikit pasal tips majlis kawin sederhana ;)

1. DIY - Hantaran, Hand Bouquet

Gambar sekadar hiasan ;p
Buat hantaran dan hand bouquet sendiri. Sebab kos untuk buat satu hantaran selalunya ~ RM100, hand bouquet pun boleh tahan mahal juga. And disebabkan bunga-bunga mati untuk hias hantaran pun mahal, Boleh guna crepe paper je untuk buat sendiri. Tak tahu macam mana nak buat? Tanya Google. Memang sangat - sangat menjimatkan sebab satu gulung crepe paper cuma RM5 dan dawai putih cuma RM1.20 dan korang boleh dapat 50 kuntum bunga. 


Bunga untuk hand bouquet ni cantik kalau guna bunga span, sejambak ada 10 kuntum bunga ros saiz kecil berharga RM10.00 Aku beli 2 jambak, lepas tu holder dia tu aku guna batang crepe paper. Riben plastik oren dan putih berharga RM1 untuk setiap satu, kain untuk balut holder tu kain lebih untuk balut gabus hantaran. Bunga span ni cantik tau sebab memang nampak macam bunga hidup.

2. Kad Kahwin / Bunting
Kad kahwin kami pula berharga RM0.30 sekeping sebab kami pilih kad yang betul - betul sekeping je. Kalau buat kad mahal - mahal sangat la tak berbaloi sebab ke tong sampah jua perginya. Lepas tu korang paksa la tokey kedai bagi korang free bunting, satu bunting je pun dah okay sebab kalau buat bunting tu kos dalam puluh - puluh ringgit juga tau. 


Kek ni cantik sampai rasa nak menangis tengok. Kek macam ni tapi guna buttercream lepas tu susun bertingkek - tingkek macam dalam gambar bawah sebelah kanan. Hasil dia jadi la begini, total harga - RM130 untuk sebiji kek dan 30 biji kek cawan ;)

Banyak lagi yang boleh jimat jika kena pada caranya kan..
yang penting biarlah sederhana tapi meriah..

Make Up dan baju,veil dah tau dah katmana nak tempah..Hee
Pelamin pun dah tau katmna nak booked..ngee
Kalau katering dan khemah memang guna turun temurun ;) Haha
goodies pun dah dalam noted!..Janji murah tapi bermakna..


Psstt moga berguna untuk semua ..Hee
tapi buat masa sekarang, ai tengok dari B2B..
mana tahu ada gunanya untuk masa depan..
jodoh ai masih dalam perancangan Allah :')

:: HuGs & KisS ::

2 Comments:

Aien Asyikin said...

info yang sgt berguna ! TQ ;)

Santan Manis said...

Nice entry :). jalan2 melawat shbt lama :D

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-