Jika nak tahu muka terdiri dari beberapa bentuk yang menjadi impak kepada pemakai tudung jika tersalah pakai. Ciri-ciri muka ada 9.. Bujur, Bulat, panjang, Tiga segi keatas, Tiga segi kebawah, Segi Empat Tepat, Segi Empat Sama, “LOVE” dan “DIAMOND.
Sesiapa yang mempunyai bentuk sebergini sangat bertuah kerana hamper semua jenis selendang diinginkan untuk penampilan menarik.
Bentuk wajah Bulat
Mereka yang berwajah bulat atau tembam biasanya berisi dibahagian pipi perlu berhati-hati dalam memilih tudung dan cara lilitan selendang. Jika memilih tudung inner, pastikan jahitan sengkuap panjang sehingga hampir ke tulang rahang pipi.
Tudung dengan sengkuap pendek tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan pipi yang tembam. Jika ingin menggayakan selendang, pastikan ia tidak dipakai terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk muka yang bulat dengan jelas.
Sebaliknya, pakai sedikit longgar dan lipat dibahagian bawah tudung berdekatan tulang rahang pipi supaya bentuk wajah Nampak bujur. Bentukkan sedikit bahagian atas selendang dan pastikan ia tidak melekap pada dahi.
Bentuk wajah panjang
Jika bijak menyembunyikan kelemahan bentuk wajah ini ada yang akan menyangka kita memiliki wajah bujur.
Bentuk wajah yang panjang boleh ditutup dengan memberi fokuc pada bahagian atas tudung. Bahagian atas tudung memain peranan penting bagi menukar bentuk wajah pajang seperti bujur.
Cara paling mudah adalah dengan memakai tudung bahagian dalam atau jenis tudung yang melekap dan menutup dahi supaya bahagian berkenaan tidak kelihatan terlalu luas.
Tidak menutup bahagian pipi dengan penuh kerana ia memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik sedikit tudung kebelakang hingga di bawah tulang rahang pipi untuk membantu menyembunyikan bentuk sebenar wajah.
Bentuk wajah petak
Ia menonjolkan bahagian pangkal rahang dan tulanh rahang yang lebih lebar manakala kawasan dagu tampak rata. Elak memakai selendang yang menampilkan dahi luas seperti selendang ala serban kerana kawasan tulang rahang yang bersegi akan jelas kelihatan.
Mereka disarankan untuk memakai selendang kerana cara ini mampu menyembunnyikan bentuk rahang yang bersegi.
Bentuk wajah segitiga
Memiliki dagu yang panjang, ditambah pulak dengan jarak pelapis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.
Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan sebelum menggunakan anak tudung seperti “hairnet”. Bagi bahagian alis terangkat menggunakan bahagian alis terangkat gunakan “headband” sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Gaya selendang harus menjurus ke gaya pintalan atau gaya lebih sesuai kerana dapat membuat rahang tampak lebih terbuka.
2 Comments:
nice sharing ;)
Perkongsian yg menarik ^^
Akan di bookmark utk rujukan. Tq .. Love it..
Post a Comment