Assalamualaikum....
Hari ni ai nak kongsi yang ai baca..
Boleh dijadiakan renungan bersama.. In Shaa Allah
Beberapa bulan berlalu... Ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang.
Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima... Sungguh... Bukan itu yang dihajatkannya. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya, yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka... Apa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan... Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.
"Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah... Bukan Al-Quran ni yang saya nak!" katanya keras.
Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah, tanpa memberi walau sepicing untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya...
Si anak kini merupakan seorang yang berharta, punyai syarikat sendiri, dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun... Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering. Panggilan daripada peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam, dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak... Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan ayahnya, Al-Quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ, mengambil Al-Quran itu, membelek-beleknya dengan penuh keharuan...
Namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati?
0 Comments:
Post a Comment