ai suka sharing info atau stori yang best² dalam belog PINK kesayangan ni :) Kali ni kisah menabung untuk kawin..teehee. Jom baca stori ni buat tauladan sesama..Bukan cerita ai tau
Selepas bertunang, kami sama2 menabung, sebulan wajib sekurang2nya rm50 seorang, sedikit tapi iyalah, mana ada duit. Sewaktu berkahwin, dia masih belajar dan saya baru beberapa bulan bekerja.
Saya habis belajar awal kerana UIA membenarkan pelajarnya menghabiskan pengajian secara express dengan syarat habis 120 kredit jam..
Awal-awal mahu berkahwin, ragu-ragu juga, mana nak dicari wang sebanyak itu untuk walimah. Tapi disebabkan dia meyakinkan saya dengan tawakkalnya, kami nekad kahwin awal juga. Saya berkeras tidak mahu berhutang untuk menjayakan majlis kami, dan
alhamdulillah sekarang saya rasa tindakan itu sangat tepat kerana tidak trbeban dengan hutang kahwin. Alhamdulillah mak dan ayah faham dan sangat membantu.
Banyak kali juga dia menyuarakan kekesalannya kerana saya yang menyara keluarga ketika itu. Dan beberapa kali itu juga air matanya kekadang minitis keluar.
Seringkali meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan apa yang saya nak. Biasalah, perempuan pun namanya, ada waktu gilanya, gatal jugak menyebut nak itu ini. Kemudian baru menyesal. Haih..
Alhamdulillah sekarang, keadaan semakin baik, dulu kalau sedih, saya akan tepuk dada, ingatkan diri, berkahwin bererti bersedia untuk berkongsi, ikhlaskan hati untuk suami, insyaAllah,
Allah akan bagi dan bagi kemudian nanti. Alhamdulillah, sekarang saya tak minta pun suami akan beri. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Mudah2an Allah jaga rumah tangga kami.
Pesan saya untuk adik2 yang nak dan merancang untuk berkahwin, elakkan berhutang sebelum berkahwin supaya tak terbeban dikemudian hari. Beli kereta apabila betul-betul sudah stabil, bukan untuk menunjuk2. Bab mas kahwin dan hantaran, pandai2lah berbincang dengan bakal suami,
Betullah kekadang mak ayah nak letakkan 10 ribu bagai, tapi buat perancangan dengan suami, jangan ditentang cakap mak ayah. Restu dan doa itu penting. Semoga Allah mudahkan urusan kalian yang bakal berkahwin. Amin ♥♥
Gambar Hiasan ;p Dipetik dari Facebook : Kau Jodohku Ya Allah..memang banyak dugaan.. tapi hasilnya pasti ada selepas berusaha.. In shaa Allah.. Jom mula menabung..♥ ai dah mula menabung perlahan²..Doakan ye.. :: HuGs & kiSs :: |
1 Comments:
terasa sweet ja..mesti best kan ada suami hehe
Post a Comment