Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 April 2014

9 Cara Melanggan Khidmat Photographer Terbaik :)

Hai semua...
ai rindu berblogging..menaip dalam blog..
Kali ni nak update pasal Photographer
untuk majlis kawin, pre-wedding dan majlis bertunang :)
yang boleh dikatakan penting dalam sesebuah majlis.
Dibawah ini adalah cara-caranya..Semoga berguna untuk semua. Hee

1. Membuat perbandingan secara berhemah
Setiap jurufoto mempunyai cara tersendiri dalam perkhidmatan mereka, perbandingan antara jurufoto dengan jurufoto lain sememangnya pasti akan terjadi terutamanya dari segi harga, terma & syarat, masa perkhidmatan, penghantaran dan persembahan produk akhir. Menggunakan informasi dalam laman web ini untuk membuat perbandingan perlulah dengan cara yang hemah, menerima dan menghormati dengan apa yang ditawarkan oleh jurufoto tersebut.

2. Membuat pilihan rasional & mengikut kemampuan
Bakal pasangan pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan sentiasa mempunyai belanjawan / had perbelanjaan tersendiri. Pastikan anda membuat pilihan mengikut kemampuan dan keperluan anda. Pilihan adalah ditangan anda. Jika jurufoto telah dipilih, pastikan pengesahan dibuat menerusi deposit. Buat pertanyaan awal kepada jurufoto yang anda berminat sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum.

3. Memberi maklumat yang lengkap untuk jurufoto
Kami mengetahui para bakal pengantin diluar sana sentiasa mencari-cari maklumat mengenai pakej harga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jurufoto, namun seringkali maklumat yang tidak lengkap diberikan mengakibatkan jurufoto tidak dapat memberi maklumbalas yang baik. Pastikan anda memberikan
 1) nama penuh 
2) tarikh majlis 
3) lokasi majlis 
4) aturcara dan 
5) budget atau informasi tambahan lain yang dirasakan perlu. 
Tanpa 5 info tersebut, jurufoto beranggapan anda sekadar hanya mahu membuat perbandingan harga semata-mata.

4. Harga yang murah atau mahal bukan janji kualiti
Walaupun anda mempunyai budget pada harga-harga tertentu tetapi yang termurah atau yang termahal bukanlah janji kepada kualiti. Apa yang lebih anda perlukan ialah komunikasi yang baik dengan jurufoto. Interaksi anda dengan jurufoto akan lebih memudahkan diri anda bekerjasama dengan mereka ketika hari perkahwinan anda. Penerimaan anda terhadap kualiti pada harga yang anda bayar adalah apa yang telah anda persetujui ketika memilih jurufoto.

5. Permintaan dan kehendak pada hadnya
Seringkali wujud situasi pelanggan meminta jurufoto membuat photoshoot atau meniru seperti foto-foto dari jurufoto lain, ini adalah permintaan yang tidak sihat dan tidak beretika kepada jurufoto pilihan anda. Berikan kebebasan kepada jurufoto pilihan anda dan yang paling penting, anda pilih jurufoto itu kerana anda sukakan cara dan teknik jurufoto tersebut. Bukan kerana harga murah atau harga mahal jurufoto tersebut. Anda berhak untuk berjimat dan jurufoto juga berhak menentukan harga perkhidmatan beliau diatas pengalaman, kos, skil, peralatan yang digunakan untuk bertugas. Permintaan dan kehendak perlulah punya had dan dipersetujui bersama.

6. Diskaun dan potongan harga
Laman web ini bukan laman web untuk anda mendapatkan diskaun atau potongan harga hanya kerana anda dapat membuat perbandingan daripada beberapa jurufoto yang anda tahu. Diskaun dan potongan harga adalah berdasarkan ihsan, budibicara dan perbincangan anda dengan jurufoto pilihan anda.

7. Menguruskan tempahan dengan betul
Pastikan anda membuat tempahan dengan cara yang betul. Tempahan menerusi verbal tanpa deposit tidak akan mengesahkan tempahan anda. Buat bayaran deposit pada tarikh dan pada jumlah amaun yang dipersetujui. Setiap pengesahan tempahan akan memastikan jurufoto tersebut tidak lagi membuka ruang kepada pelanggan lain. Istilah secara tepatnya ialah “confirm & lock date” secara rasmi (deposit pendahuluan).

8. Kuantiti bukan pengukur kualiti
Nilai fotografi bukan diukur dari segi kuantiti yang banyak semata-mata, kualiti tidak boleh dimiliki hanya dengan kuantiti yang besar. Setiap jurufoto mempunyai tahap-tahap tersendiri. Baik jurufoto baru atau lama, perbezaannya hanya boleh ditentukan oleh kualiti. 1 unit album dengan 200 keping foto yang disusun leka tidak akan menjanji kualiti yang sama dengan 1 unit album dengan 100 keping foto yang disusun rapi.

9. Tempahan awal memberi masa yang cukup
Tahukah anda bahawa dengan tempahan awal membolehkan anda cukup masa bagi “rolling” kewangan anda bagi memilih jurufoto yang dikehendaki. Kebiasaannya jurufoto akan mengambil tempahan antara 2 bulan hingga 6 bulan awal dari tarikh majlis.
- Sumber Terengganu Wedding Photographer (TWP)

Alhamdulillah, kepada B2B di luar sana 
boleh la buat persiapan awal mengikut 9 cara ni ye..
Semoga perancangan yang dibuat berjalan lancar :)
:: HuGs and kiSs ::

0 Comments:

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-