Hai semua....
meh kongsikan sedikit mengenai salah satu aset wanita idaman..
iaitu rahim..yang punya pelbagai fungsi..
RAHIM HANYA ADA SATU..
TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin,
sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa
yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman-pengalaman
yang mereka lalui ini terlalu enteng?
Terlalu minimal? Terlalu sedikit?Lalu berhakkah
satu-satu pihak mengatakan wanita berpantang
ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA?
Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang
mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan
senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan,
boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat.
Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan
bagaimana nyawa mereka dihujung jantung
semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin.
Sedangkan kalian tak tahu
bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris,
satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.
Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan
darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat
dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang?
Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda.
Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja
keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng.
Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang
tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang
wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu,
sekurang-kurang nya adalah sedikit perasaan kesian.
Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
1 Comments:
betul kata awk tu ,rahim la paling terpenting bagi perempuan....rahim jgk la tempat penampalan embryo....kta-2 yg mnarik :)
Post a Comment