01 September 2015

7 Cara Jimatkan Kos Perkahwinan

Hai semua.. Salam September..ai terbaca ni di Ikahwin. Terasa nak kongsi 
dalam blog bersama blogger yang lain. Sharing is Caring kan..? Hikss
nak nak pada Bride to Be di luar sana..
Boleh jadikan panduan bersama...

Perancangan yang teliti amat perlu dalam
 menentukan sesebuah majlis perkahwinan 
itu berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela. 
Tetapi, perkara paling penting perlu ditekankan 
ialah penjimatan dalam berbelanja. Ada yang berbelanja 
untuk majlis perkahwinan lebih daripada 
kos dan bajet yang telah ditetapkan. 
Untuk menjimatkan wang, ada beberapa pilihan yang 
boleh jadikan panduan supaya tidak berbelanja lebih daripada bajet.

Bersederhanalah dalam melangsungkan majlis perkahwinan kerana duit itu lebih penting untuk digunakan selepas majlis perkahwinan nanti

1. Merancang lebih awal bagi setiap butiran yang akan dilakukan. Hotel dan katering biasanya akan mengenakan harga yang tinggi untuk apa-apa perubahan pada saat akhir.
2. Perhatikan ekspo perkahwinan dan periksa harga untuk pakej yang ditawarkan. Kebanyakan daripada pakej adalah agak mahal, jadi ambillah masa dan memilih serta merancang dengan bijak.
3. Jika ingin melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel/dewan, bandingkan harga yang mereka tawarkan untuk majlis perkahwinan dan sentiasa berunding dengan harga yang terbaik.
4. Untuk perkhidmatan fotografi dan videografi, tidak perlu untuk membuat album sebelum dan selepas berkahwin, jika merancang untuk berjimat-cermat.

5. Untuk hantaran, boleh menghias hantaran dengan sendiri. DIY kata orang..Jimat dan kreatif gittu
6. Dapatkan harga terbaik untuk kad jemputan perkahwinan anda dengan memilih kedai-kedai yang menyediakan harga paling murah dan memilih untuk membuatnya dalam jumlah yang besar. RM0.40 setiap satu dianggap murah. Sebagai alternatif, jika  benar-benar ingin berjimat, hantarlah jemputan perkahwinan melalui Facebook. Hanya perlu mereka satu E-kad dan tag rakan-rakan ;)
7. Untuk mengurangkan kos pakaian perkahwinan, pilih material kain yang betul. Jangan pilih pakaian yang mahal dengan manik-manik berat. Pilih bahan-bahan yang selesa dan mudah untuk dipakai. Boleh juga boleh memilih untuk menyewa gaun/dress pengantin.

2 Comments:

rubiah kadir said...

hehehe..tips utk yg belum berkaahwin...

Aya Zuki said...

tips yg berguna :)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-