Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 July 2016

30 Weeks Already ❤

Salam Jumaat barakah :)
Fuh..fuh..Cepatnya masa, hari-hari fikir pasal kandungan dan nama baby.
Masih tercari-cari nama baby yang ngam.

Bak kata mama ai, boleh dah buat undian nama-nama yang berkenan
lepas tu cabut undian tu haha. Mungkin ada benarnya jugak cara mama ai tue..
Akan dipertimbangkan. Mudah-mudahan dapat nama yang sesuai dengan
kehendak hati ai yang satu ni,..amin

Kalau boleh nak jugak pangkal huruf F..
banyak pilihan tapi itulah..konfius jugak kadang-kadang.
Nak juga ada makna yang baik-baik. Moga menjadi anak yang soleh buat
mama dan ayahnya di dunia dan akhirat.
Ada dah berkenan nama tu, tapi sama pulak dengan anak kawan.
Dah berkenan satu nama ni, tapi dah dipilih oleh sepupu ai.
dah sesuai ngan nama yang satu ni, ada sama dengan anak mak sedara.
Itu yang alahai..Kalau boleh ai tak nak la sama. Nanti kang dikatakan tiru pulak
walhal kat dalam jabatan pendaftaran, berlambak nama yang sama kenss..
tapi yang kita tak kenal takpe..ngee :')

Bila kawan-kawan yang beranak dah letak nama sedap-sedap..
terus rasa alahai sedapnya nama anak diorang..
Semua nama moden dan sedap didengar..adoii kenapa la ai selalu fikir
macam tu..itu yang susah nak buat pilihan nama,
Korangggg...tolong ai pilih nama. huhu
Last last nanti letak nama klasik moden..Gabung sekali baru tau kan..Haha

Anak sendiri..In Shaa Allah ai nak namakan dengan nama yang baik-baik.
Doakan ai dan suami jumpa nama yang baik dan sedap didengar. 

2 Comments:

Unknown said...

selalu org kata letak nama yang makna nama tu anak kita boleh bawa. kalau oanjang sangat takut tak terbawa budak tu. heee. itu yg selalu dinasihatkan lah:)

ailullaby said...

terima kasih @adiba Rusli atas nasihat :)
In Shaa Allah nak letak nama anak dengan nama yang baik-baik..amin

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-