05 August 2016

Cara Mengetahu Jantina Baby dalam Kandungan ❤

Hai semua..!! Hari ni ai nak kongsikan entri mengenai 
cara untuk mengetahui jantina baby dalam kandungan.
SSungguh teruja bukan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan
 sebabnya senang untuk membuat persediaan awal sebelum kelahiran bayi. 
Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat dikongsikan. 

Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada 
pada ibu-ibu yang mengandung. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak 
mampu memberikan informasi kepada mereka yang bakal bergelar ibu dan ayah
 tetapi peratus kebenaran ai tidak pasti . Lagipun tak salah kita semua 

berteka teki memandangkan hingga saat ini 
ibu yang mengandung sudah pasti dapat merasai anak

 yang dikandung lelaki ataupun perempuan ;) instict kata orang putih.
Jika hamil anak lelaki 
1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusingpusing bermakna anda hamil anak lelaki.
14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat 
(air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Jika hamil anak perempuan 
1. Perut anda bulat
2. Anda mengalami ‘morning sickness’
3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
5. Kulit anda lembut
6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
7. Punggung kelihatan lebih besar
8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
12. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama 
air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih 
bermakna bayi di dalam kandugannya ialah bayi perempuan.
Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan | 
Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang 
dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. 
Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T. 
Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting 
adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna.
 Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna.
--------Hugs and kiss -------

4 Comments:

LZ - The Blog Owner said...

Menarik info ini, sesuai untuk mereka yg sedang mengandung so senang untuk buat persiapan..

ailullaby said...

In Shaa Allah..Moga Allah permudahkan ^____^
untuk ai dan mama to be di luar sana @LZ-The Blog Owner

Faizah Syakira said...

:) info berguna tuk masa depan saya. hahaha. kita dah follow awak :)

ailullaby said...

terima kasih follow @Faizah Syakira :)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-