Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 September 2016

DIY Air Selusuh Untuk Ibu Bersalin

Hai..Salam Aidil Adha :)
Ini adalah cara step by step yang dilakukan oleh Ustaz Don untuk menyediakan air selusuh. Sediakan air masak ataupun air zam-zam (lebih baik) dalam kuantiti yang mencukupi (bergantung kepada keperluan masing-masing)
Langkah Pertama :-

Bacakan Surah Al-Fatihah (1x)


Langkah 2 :

Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24.


Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terjemahan Ayat 23:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Langkah 3 :

Bacakan Selawat Syifa’


Langkah 4 :

Bacakan Doa Selusuh

  1. Beristighfar 3 kali
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat dan para pengikutnya.
  3. AL- Fatihah 1 kali.
  4. Selawat 11 kali.
  5. Alam Nasyrah 7 kali.
  6. Al-Ikhlas 3 kali.
  7. Al-Falaq 3 kali.
  8. An Nas 3 kali.
  9. Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.

Terjemahannya:
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

Langkah 5 :

Bacakan Doa Pemudah


Terjemahannya:
“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.
Setelah siap, simpanlah air selusuh tu ditempat yang elok sebelum diminum. Ada orang kata, elok minum mulai masuk minggu ke 38. Ada juga yang kata dah masuk labour roon baru start minum. Dan ada juga yang sapu air selusuh pada perut isteri sebelum bersalin. 

Selamat mencuba..:-)
 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-