Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 June 2016

Baby Boy or Baby Girl ? ❤

Hai semuaaaa!!
Salam Ramadhan ke-22 buat muslimin dan muslimat.
Dah buat persiapan untuk menyambut lebaran?
Alhamdulillah ai dan encik suami awal-awal dah persiapan baju raya
dan sedikit teruja buat biskut raya berbalang-balang dengan jaya nya..hikss

Okey bukan itu yang ai nak kongsikan dari entri kali ni..
sebenarnya ai dah pegi buat scan jantina baby 2D pada hari Sabtu yang lepas..
Ikutkan suami dan ai akan buat scan baby pada bulan depan lepas raya cadangan nya.
dek kerana ai dah ber-text member yang juga preggy bertanyakan jantina baby
terus ai bagitau nak buat bulan depan. Member cakap mungkin agak lewat kalau
buat bulan depan, sebab baby dah membesar dan kemungkinan besar
susah nak nampak jantina baby. Terus ai rasa resah gelisah..ececeh.. 
Sebenarnya nak buat scan 3D/4D sekali uOls..tapi lagi penting kalau dapat tau jantina
baby dalam kandungan ai ni. Sebab tu, suami balik je kerja terus ai sampaikan hajat
yang terbuku dihat supaya dapat scan pada Sabtu lepas dan paling
terharu encik suami setuju. Walaupun pada mulanya agak berat hati sebab belum gaji :')

ai cadangkan guna duit ai dulu kekonon nya. Memang encik suami jarang bagi ai guna duit
 ai bila keluar dengan dia. Tapi sebab ai nak sangat-sangat pegi. Suami turutkan.
Tiba hari kejadian, Sabtu 25 Jun 2015 bersamaan 20 Ramadan 1437H
seawal pagi kami suami isteri gerak ke Klinik Pakar Rooafah,
Buat pendaftaran, dan kami diberitahu yang doktor sampai pukul 9.30 pagi.
Rehat-rehat dalam kereta, isi minyak dan kami tunggu giliran untuk scan baby 
Giliran weouls suami isteri adalah tempat ketiga. Syukur..
dan tak tunggu beberapa lama, tiba giliran kami. Perasaan ai sangat berdebar-debar
tapi encik suami tercinta tenang je. Dia cakap tak payah la berdebar.
Dia terima apa saja anak jantina anak sulung kami nanti. Terharu :')
ai berdebar-debar masuk bilik doktor. Rupanya doktor perempuan.Sekali lagi
ai bersyukur. Bersalam dengan nya. Cakap-cakap details sikit.
Terus ai disuruh baring atas katil. Hikss. Eksaited tau masa tuu, tapi masih berdebar.

Doktor sapukan gel kat peyut ai, dan terus scan dengan cekapnya.
Maka di kaca skrin scanner nampak la, kepala baby, tulang pehanya, mata, hidung
tangan, kaki, air ketuban, uri, degupan jantung dan part paling best nampak
 jantina nya dengan jelas. Hee ..walaupun pada mulanya baby tutup dengan peha :') 
Terharuu terus tanpa sedar..Sykur sangat doktor cakap bagi sihat dan semuanya baik

Walaupun scan 2D hanya hitam putih tapi details sangat berat, ukuran dan ketinggian baby
yang ai dapat. Puas hati sangat. Semat jugak ai bertanyakan doktor..
Tak boleh buat 3D/4D ke? Doktor cakap bulan depan baru sesuai.

Sebab nak buat scan 3D/4D baby kena 7 bulan dan ke atas. Baru la ai faham.
Tak sabar nak datang scan lagi bulan depan! Suami ai pun eksaited sangat nampak.
ai siap nangis keluar dari klink masuk kereta. Nasib encik suami tolong tenangkan. ngee
Weouls terus pegi shopping baju t-shirt raya encik suami selepas tu..
dan dapat  la sekeping gambar scan baby bahagian kepala. Comels! 
ai tak sangka ada baby dalam my tummy. Syukur sangat. Allah Akhbar!!
Suami ai hepi, ai bertambah-tambah lah hepi. Sekarang dah boleh la fikirkan nama baby,
shopping barangan baby dengan heppi. Sayang anak mama!
Lepas raya buat shoot maternity ❤ Semuanya secara kebetulan..
Rezeki baby mungkin..Sesungguhnya doakan yang baik-baik untuk ai dan baby. Hugs!

12 Comments:

Eeiou_ said...

Thank Allah. heheh. I really really wanna have a baby someday =D

Lily Bolight said...

Syukur semuanya berjalan lancar :) semoga ai dan baby sihat selalu :)

ailullaby said...

Terima kasih Allah :)
In Shaa Allah @Eeiou_ suatu hari nanti mesti sampai giliran awak..

ailullaby said...

amin ..mudah-mudahan.
Terima kasih atas doanya @Ceri Koko :)

scya lollita said...

wahh tahniah.
semoga dipermudahkan urusan sepanjang masa.

mirazamri said...

Allahu tahniah :). semoga dipermudahkan urusan kelak. semoga murah rezeki ya :)

Alia Syahira said...

congrats! semoga sis and baby sentiasa dalam keadaan baik dan dipermudahkan, Aamin!

tiq said...

Congrats sis! semoga sis & husband and baby sihat selalu :)

ailullaby said...

Terima kasih @Scya Lollita :) atas doanya.. Mudah-mudahan in Shaa Allah ❤

ailullaby said...

Terima kasih @Mirazamri :) amin..amin..
mendoakan ai..

ailullaby said...

Amin..terima kasih @OhhLieyaa :) mendoakan ai dan baby..
Mudah-mudahan..in Shaa Allah..

ailullaby said...

Terima kasih @tiq :)
amin..amin..Syukur atas doanya..

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-