Hai semua..Salam Ramadan Mubarak.
disebabkan ai dah nak masuk trimester ketiga..
Tertanya-tanya jugak bila masa sesuai untuk scan baby..
Maklum la baru anak pertama, serba serbi belajar benda baru.
Serba serbi tak tahu. Search google ai dapat dari Bayi-Ibu.Com
Bila masa yang sesuai untuk pegi check Up. Lagipun ai belum tau jantina babyEntri ni khas untuk mama to be di luar sana jugak ❤
Bilakah Masa Terbaik Untuk Menjalani 3D/4D Scan?
Minggu yang dicadangkan untuk membuat scan:
- scan pertama (minggu 22-25): anda boleh mengintai lebih pergerakan bayi anda. Anda mungkin ada peluang untuk menglihat keseluruhan anggota badan bayi anda seperti pergerakan kaki tangan. Dalam masa ini, bayi anda mungkin kelihatan sedikit kurus tetapi pergerakan bayi amat comel!
- Scan kedua (minggu 26-30): Scan lebih tumpuan kepada muka bayi. Dalam peringkat ini, bayi kelihatan lebih tembam. Kaki dan tangan scan bergantung kepada tahap air ketuban.
- Scan ketiga (minggu 30-38): Sukar untuk scan. Ia bergantung kepada tahap air ketuban. Semakin banyak air ketuban pada muka bayi, semakin jelas muka bayi anda. Peluang untuk dapat muka bayi anda sedikit rendah berbanding dengan bayi yang kurang daripada minggu 30, tetapi jika kelihatan, muka bayi anda lebih tembam daripada bayi minggu 26-30. Walaubagaimanapun, jika muka bayi tidak kelihatan dalam 3D 4D scan, tiada caj dikenakan (klinik tertentu sahaja). Jadi, Ibubapa boleh mencuba untuk scan ❤
Dari encik Google ;p
Adakah 3D 4D Scan Ini Menggantikan Pemeriksaan Tetap Saya Di Klinik/Hospital OB/GYN?
Sudah tentu tidak. Anda masih perlu berada di bawah jagaan pemeriksaan tetap dan ultrasound scan oleh doktor ❤
Adakah 3D 4D Scan Ini Boleh Mengesan Kecacatan Bayi?
Sudah tentu tidak. 3D 4D scan pakej ini hanya termasuk 2D growth scan bayi. 3D 4D scanhanya memberi peluang kepada ibubapa melihat anaknya di rahim sebelum menyambutnya ke dunia ini. Ini dapat mengeratkan hubungan antara bayi dengan ibubapa. Untuk mengesan kecacatan. Anda digalakkan membuat 2D detail scan yang boleh memberi lebih maklumat tentang struktur fizikal bayi.
Bolehkah Saya Mendapat Gambar 3D 4D Scan Yang CANTIK Seperti Yang Dilihat DALAM Internet?
Mungkin. Tetapi terdapat beberapa faktor menentukan kualiti ultrasound gambar dan keadaan yang sukar untuk scan termasuk:
- Jumlah air ketuban mestilah cukup untuk imbasan di mana sekurang-kurangnya satu lapisan air di hadapan muka bayi dan mesti mempunyai ruang di atas muka bayi.
- Tiada tali pusat atau uri menghalang bayi muka untuk mendapatkan gambaran yang bagus.
- kedudukan bayi. Kedudukan bayi tidak boleh menghadap ke bawah atau ketepi. Untuk mendapatkan wajah penuh bayi, bayi mesti menghadap ke atas dan bukan menghadap ke bawah atau ketepi.
- Ketebalan lapisan tisu lemak ibu. lapisan tisu lemak mungkin menjejaskan penembusan gelombang bunyi yang juga akan menjejaskan kualiti ultrasound gambar.
Adakah 3D 4D Scan Selamat?
- 3D 4D scan juga selamat seperti scan 2D biasa. Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang selamat , tepat dan menguntungkan. Ultrasound berbeza dengan X-ray. X-ray menggunakan pengionan yang membahayakan manakala ultrasound menggunakan gelombang bunyi.
- Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan peronggaan (cavitation) dan indeks pemanasan (thermal index). Walaubagaimanapun, banyak kajian klinikal mengenai penggunaan ultrasound untuk diagnosis yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan membahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Faedah yang diperolehi dari ultrasound skan untuk mengesan perkembangan bayi dalam kandungan melebihi sebarang potensi risiko. Namum, persetujuan kebanyakan doktor dah ahli sains menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan jika perlu dan tidak digalakkan scan terlalu kerap. Oleh demikian, pengimbasan ultrasound 3D 4D adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kandungan dan ibu ❤
Siapakah Yang Menjalankan 3D 4D Scan Untuk Bayi Anda Di Tempat Ini?
Sonographer yang telah mengambil khusus sonography yang akan menjalankan scan 3D 4D untuk bayi ❤
Berapa Lamakah 1 Sesi 3D 4D scan Akan Diambil?
Masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit. Ia bergantung kepada bayi anda sanggup menunjuk muka bayi. Jika bayi menunjuk mukanya, masa diambil mungkin kurang daripada 20 minit dan disebaliknya ❤
Bilakah dan Bolehkah Saya Mengetahui Jantina Bayi Melalui 3D 4D Scan?
- Ultrasound 2D adalah cara terbaik untuk menentukan atau mengesahkan jantina bayi. Sonographer atau doktor yang berilmu boleh mengesan jantina bayi dengan tepat. Ultrasound 3D boleh mengesan jantina bayi, tetapi ada masa juga yang mengelirukan apabila ia tukar kepada imej jantina. Ada masa juga, ia agak ketara.
- Walau bagaimanapun,cara terbaik untuk memastikan penentuan jantina yang tepat adalah melalui ultrasound 2D. Masa yang dicadangkan untuk scan jantina bayi ialah minggu ke-22 ke atas ❤
In Shaa Allah dalam minggu ni boleh la scan 3D/4D baby..hikss.
Nak ajak encik suami pegi scan kat klinik berdekatan.
Harapnya baby tunjuk muka dan jantina. Jangan malu-malu ye..ngee
Doakan ai dan suami serta baby sihat-sihat sahaja..
:: Hugs and kiSs ::
2 Comments:
semoga ai, suami dan babay sihat2 belaka. bestnya dh ada baby. ai doakan icha ya :) icha msh ttc :)
amin..terima kasih atas doanya @icha zaini Fidelis :)
alhamdulillah..mudah-mudahan rezeki icha pulak lps ni ...
Post a Comment