Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 November 2016

Hello! I'm Back as Mama ❤

Hai semua..!! Pembaca blog pink kesayangan ai..
hari ni baru ada masa nak menaip. Almaklumla dah jadi mama ni..
masuk alam baru, baru nak dapat adapt..kelam kabut sikit :')

Syukur akhirnya ai selamat melahirkan baby boy seberat 2.8 kg secara normal 
di Hospital Permaisui Bainun pada pukul 1.58 petang hari Ahad, Alhamdulillah ❤
Berkat doa semua, doa ai dimakbulkan untuk bersalin anak sulung secara normal.
Hari ni dah masuk hari ke-43 berpantang..tinggal esok sehari je lagi sebelum kami
merdeka! hikss. Alhamdulillah baby dah mula pandai menyusu dan pandai senyum.


Seronoknya lahai ada baby depan mata. Sekarang ni pun, menaip baby nampak depan mata
macam tak pecaya je ai dah jadi mama. Awesome sangat perasaan tu :')

Pejam celi pejam celik banyak sangat dugaan dan cabaran 
bergelar ibu buat pertama kali ni. ai siap menangis lagi masa mula ada abby sebab 
nipple breast tak panjang dan baby tak pandai menangkap nak hisap.

Nasib ada suami dan keluarga yang banyak support.
Setiap orang ada masalah tersendiri :') Alhamdulillah ai masa kandungan 7 bulan,
air susu dah mula keluar dan syukur lepas mengurut susu kelaur banyak sampai menitis.
Rezeki baby sangat-sangat. Beruntung dapat menyusu baby
 sampai la berat sebulan naik sekilo. hikss

Kalau nak diceritakan pengalaman dari hari pertama berpantang hingga hari ni memang banyak.
ai pun kalau boleh nak stori dalam blog kalau ada kesempatan. Doakan tau.
Ni pun ai sempat menaip sebab baby tengah tido..Sekarang nak makan, minum atau mandi 
kena cepat-cepat sebab dah ada baby. Dapat tido petang sejam pun dah luxury rasa..

Bab berjaga malam, seawal pantang sehingga lah minggu ke-3 
boleh dikatakan ai tak cukup tido. Baby nak susu kerap tambahan pulak
 dia tak pandai menghisap dan ai pulak masih kekok, Memang stress dan frust..
dan akhirnya setelah lama-lama ai bagi menyusu. Baby pun dah sebulan 13 hari..
Akhinya dia dah bijak nak menghisap..Yeay!! ❤❤
Happy mama, happy baby..Syukur sangat dapat tempuh dengan pelbagai cabaran.
Itu lah dinama kan pengalaman..Berharga sangat! :')

Tu belum ai cerita pengalaman bersalin kena gigit tebuan dan 
problem menyusu cemana ai atasi.Kalau sempat nanti ai update entri lain ye..
Seronoknya dapat menaip lagi..ngee. Betul la kata orang, baby berubah ikut bulan.
Harapnya ai dapat jadi strong mama!.. Hugs and kiss

14 Comments:

Raihan Idris said...

tahniah sis.. sy pula menghitung hari lg 3 bulan utk 2nd baby..

meira said...

tahniah!!!

~wink~

cikkyra90.blogspot.com said...

Tahniah ai 😊

ailullaby said...

terima kasih ..Moga selamat bersalin @ Raihan Shaklee ;)

ailullaby said...

terima kasih @meira :)

ailullaby said...

terima kasih @Faizah Shakira ^___^

iam.umifuzy said...

tahniah..teringat sewaktu Umi memula ada baby hingga la yg ke 6..mmg seronok dan kenangan terindah sebagai ibu..priceless
Semoga mummy dan baby sihat sentiasa...

ailullaby said...

terima kasih kak..wahh akak dah ada 6 orang anak. Hebat!..
amin ya rabbal alamin..mudah-mudahan..

:)

Cik Jaja said...

thniahhhh! seronoknyaaa ad baby hehe

Cik Renex said...

Tahniahhh..bestnya da de bby sndrii.. cik renex xtaw la bile ag. Kahwin pun x ag ni. Hehe 😊

Hidayah Ibrahim said...

Tahniah akak. Semoga baby membesar dgn sihat yer. :)

ailullaby said...

alhamdulillah..seronok sangat @suhaiza ;)

ailullaby said...

Terima kasih ^^
In Shaa Allah akan tiba masanya nanti @Cik Renex..hehe

ailullaby said...

amin ya rabbal alamin..terima kasih @dayahfirds ^^-

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-