Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 July 2011

Indah Cerita Berunsur ISLAM :)


Ceria selalu peeps. As salam. Tadi baru je ai khatam entah keberapa kali cerita Ketika Cinta Bertasbih.. entah kalau banyak kali tengok pun tetap jatuh cinta dan mengalirkan air mata. Selalunya ai akan tengok sebab ciri ciri keagamaan yang ditunjukkan, tutur kata yang opan dan lemah lembut. Jalan penceritaannya yang menarik hati ai untuk menonton yang keberapa kali.. Pendek kata, suka sangat tau =D

Walau macam mana pun ai belum sempat lagi, menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 2.. walaupun dah lama ditayangkan. Padahal dalam hati teringin sangat nak menonton tau. Kalau nak tengok dari youtube memang boleh, tapi agak lambaat untuk tunggu dia loading.. tambah ambik masa dan tak selesa nak menonton puas puas. Sebab tue teringin pulak rasa hati ni nak menonton sambungan cerita yang melekat di hati ai sekarang.
Subhanallah :) Cantik akhlak dan fizikal
Selain cerita Ketika Cinta Bertasbih, ai juga suka menonton cerita Atas Nama Cinta dan Ayat ayat Cinta. Menarik sangat cerita yang di arahkan oleh pengarah 3 filem Islam yang hebad ni. Subhanallah~ Selain itu, dengan lagu lagu yang merdu di dengar oleh halwa telinga oleh penyanyi bersuara gemersik iaitu Melly Goeslow amat menyentuh hati ini bila terdengar dan dihayati lirik liriknya, Ai suka sangat cerita cerita macam ni.. sangat menginsafkan dan terdetik dalam hati ingin mmiliki keluarga dan sahabat serta pencinta yang cintakan Allah S.W.T lebih dari segala galanya.

Hebad cerita macam ni terasa indah sungguh agama Islam. Subhanallah.. Ai terasa menagis bila scene scene yang menyentuh hati. Betapa mulianya Islam tanpa membatasinya dengan apa yaang dilarang dan dilaknat Allah. Ai suka dan berharap sangat cerita seperti ini akan ada lagi dan menjadi koleksi cerita yang menjadi tontonan ai setiap kali terasa sepi keseorangan.
Manisnya seorang muslimah :)
Tengok banyak kali pun tetap tak jemu. Melodi, lagu, jalan penceritaan yang membahagiakaan di samping realitinya dihidupkan. MasyaAllah.. berharap mendapat seorang lelaki sebaik dan semanis akhlak Abdullah Khairul Azzam..amin :) As salam. Sorry kawan kawan ai jarang blogging.. sunyi je blog ai tanpa tetamu. Datang selalu ea..insyaAllah akan dibalas kunjungannya uoOls kelak.

0 Comments:

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-