27 December 2012

Perkahwinan dan Tanggungjawab ;)

Hai penulis dan pembaca belog semua...Rindu belog pink ai tak?? :)
Macam macam nak stori kat sini. Apepun ai sihat alhamdulillah. Harap kalian juga sihat hendaknya eh. Ameen.

Tak tahu kenapa, sekarang ai suka sangat tengok dan baca belog B2B (Bride to be). Rasa best saja. Baca pengalaman dan persiapan bakal pengantin. Memang banyak yang perlu disiapkan sedari awal. Supaya tak kelam kabut kan.

Bakal pengantin ke ai ni? Bukan menjawab sambil tersenyum. Belum sampai jodoh lagi. Kalau dah dekat nanti ai kongsikan dengan kalian ok. :) Nak kata aura pun belum lagi. Hee

Seronok kan tengok orang bertunang, kawin dan seterusnya dapat anak. Dan juga kelurga sendiri. Tapi kalau belum bersedia. Baik jangan kawin lagi. Bukan senang nak galas tanggungjawab.
Kata ayah memang senang kawin kalau ada yang sponsor. Kata mak bukan sesenang pakai baju kawin, mekap dan ada suami, tapi yang lain belum sedia.


Perkahwinan satu perjudian hidup. Sama²lah kita dan pasangan mengemudi bahtera rumah tangga kelak.Tetiba ai menaip entri matang cenggini ek.


Bukan apa, tahun baru bakal menjelma lagi beberapa hari, minit dan saat lagi. Tak lama sangat dah. Dan umur pun akan naik satu angka. Cepat kan:)
Gambar ihsan : Google ;)

Jadi masa membuatkan diri jadi semakin matang dan dewasa. Betul tak? Percayalah mahu atau tidak selagi nyawa dikandung badan kita akan melangkah setapak lagi ke hadapan. Bergembiralah.. Oh dah tua ..Hukhuk

 ::HuGs & KiSs ::

1 Comments:

Seneorita Baharin said...

betol betol betol..hee..setuju sgt..kalo nak kawen pastikan diri kita bersedia dr segi mental dan fizikal.. :)
Smoga awk mndpt bakal suami yg baik n beriman..may Allah bless u dear..

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-