Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

22 April 2013

Doa untuk Wanita - Datang Haid Tidak Teratur dan Senggugut.


Salam pembaca khasnya buat kaum Hawa,
ai nak berkongsi sekiranya ada yang pernah mengalami 
haid yang teratur dan senggugut. Jom amalkan bersama.
ai sendiri alami kedua- dua masalah ni...
dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk diri sendiri. Amanah Allah :')


Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk. Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin. 


Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-caranya:

1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat.
2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

DOA 1.


Maksudnya:

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)

DOA 2.


Maksudnya:

(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. 

(6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 

(Surah Ali Imran: Ayat 5,6)



 :: HuGs & KisS ::

8 Comments:

Unknown said...

thanks miss ai ..da lama saya ade masalah ni..tapi tak tau ape penawar nya.. :)

Lisa Sheila said...

thanks ya share... gud sharing... :)

Yura said...

terima kasih atas perkongsian ni.. sngat berguna ^^

Unknown said...

nice sharing,, thank u.. :)

Anis said...

Good info..thank you for sharing..

sheila mutalib said...

Perkongsian berguna.. Blh sy nak share di blog sy?

Unknown said...

TQVM :)

Unknown said...

TQVM

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-