Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 April 2013

Jom Kenali Bentuk Badan ( Girl )

Salam keceriaan buat semua..
Alang-alang dah terbaca ai terasa nak kongsi dalam blog pink ni..
Kenali bentuk badan sendiri. Jom baca dan selidik sendiri ok..Hee


Tips Kenali Bentuk Badan Anda ;)

Kategori bentuk badan :
1) Epal
2)Pisang
3)Pear
4)Hourglass

 
1)Epal
Berat epal terkumpul di bahagian pinggang. Fenomena ini adalah bahaya!! Punggung kecil dan kaki langsing. Bentuk epal ni tidak seimbang.

Isu Kesihatan
Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.

2)Pisang
Bentuk pisang, ukuran bahu & pinggulnya sama.
Tahu ke mana pinggul?
Ukuran pinggang pula nak sama dengan bahu & pinggul. Badan lurus sahaja, macam pembaris tanpa berlekuk..
Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki (lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.

Isu Kesihatan.
Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan pengambilan kalsium.

3)Pear
Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha yang besar.

Isu Kesihatan
Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

4)Hourglass
Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha anda akan kelihatan berotot dan kuat. Ukuran bahu & pinggul seimbang, pinggangnya kecil sahaja, Macam kerengga.. Bentuk badan ini sangat menarik dan menjadi idaman setiap wanita....

Isu Kesihatan
Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah anda.


Sumber : Majalah Rapi

Dah baca kan? So apa bentuk badan kalian.. ;)
Lain orang lain ciptaan Allah.. Subhanallah..

 :: HuGs & KiSs ::

3 Comments:

Unknown said...

kita jenis pear..benci.huhu

Annamariana1989 said...

anna epal.. :(

Mizz Aiza said...

jenis pear jugak.. bahayanya..

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-