12 June 2013

Petua Atasi Bibir Kering dan Gelap :)

Setiap wanita menginginkan bibir yang sihat dan cerah. Namun  ada sesetengah wanita mengalami bibir kering dan gelap. Jangan bimbang ada beberapa cara untuk memastikan agar bibir anda sentiasa merah dan lembut seperti bibir bayi. Berikut tip mendapatkan bibir lembut dan cerah. 


 

Krim susu   
Aplikasikan krim susu pada bibir dan gosokkan dengan lembut. Ini akan menghapus kulit mati dan melembutkan bibir. Basuh dengan lembut menggunakan air dingin untuk dapatkan bibir lembut yang asli.

Mentega 

Mentega boleh melembutkan dan melembabkan bibir. Aplikasikan mentega pada bibir yang kering 30 minit sebelum mandi. Pilihlah mentega tawar untuk mencegah bibir menjadi berwarna gelap.


Jus pomegranat
Jus pomegranat juga mampu membuat bibir menjadi merah secara semulajadi. Selain meminum jus sihat ini, oleskan atau sapukan jus itu pada bibir anda. Anda boleh mencampur jus pomegranat dengan mentega atau krim susu lalu oleskan di bibir. Tambahkan sedikit madu untuk mengelupaskan sel kulit bibir yang mati dan menjaganya agar bibir anda sentiasa lembut.

Lemon 

Lemon merupakan pemutih alami yang menghapus warna gelap pada bibir. Untuk dapatkan bibir lembut dan berwarna merah muda, aplikasikan hirisan lemon 2 kali dalam seminggu.

 

Gula
Sel kulit mati dan kotor membuatkan bibir anda kelihatan gelap dan kering. Campurkan gula dengan sedikit air lalu aplikasikan pada bibir dengan lembut. Campuran gula dan air akan mencerahkan warna bibir dan melembutkannya.

7 Comments:

nuha ahmad said...

nice sharing. sye singgah :)

Mizz Aiza said...

tips yang baik.. :D

Mawar Berduri said...

nice.. hehe.. tp vaseline kn ada :)

Mawar Berduri said...

guna vaseline pun ok jugak rse nye

Mardeeya said...

suka tips ni . terimakasih :3

Mardeeya said...

hehe , suke tips ni

tenku butang said...

hai.. salam kenal,

done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-