Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 November 2013

Makanan Sihat untuk Mata ♥

Salam Jumaat :)
Lama tak kongsi tips kesihatan..
kali ini ai nak kongsikan pasal penjagaan mata melalui makanan..


Mata merupakan pancaindera manusia yang cukup penting. Dengan matalah kita dapat melihat dan melakukan rutin harian. Disebabkan itulah ia perlu dijaga agar tidak dijangkiti kuman yang boleh membahayakannya. Namun, tidak semua berpeluang memiliki penglihatan yang sempurna. Bahkan untuk mengekalkan tahap penglihatan tersebut bukanlah semudah disangka.


Meskipun banyak teknologi moden yang diperkenalkan tetapi kos rawatannya cukup tinggi. Jadi, sebelum mata anda ‘tercedera’ cuba amalkan pemakanan yang dicadangkan. Seperti pesanan orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Antara makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan kita ialah..Meh ai nak kongsikan :)



>>Lobak merah

Ramai sedia maklum bahawa lobak merah mengandungi betacaotene (pelopor Vitamin A dan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan), lycopene (nutrien untuk melindungi sinaran UV pada mata) dan lutein (nutrien untuk melindungi kerosakan pada radikal mata). Jadi, sekiranya anda bermasalah dengan penglihatan maka ‘masukkan’ lobak merah dalam menu harian.


>>Bawang putih & bawang merah

Sudah pasti ramai menganggap bawang putih dan bawang merah hanya pelengkap untuk masakan. Memang benar tetapi ada khasiat yang tersembunyi di sebaliknya. Dikatakan, bawang-bawang ini mampu mengeluarkan glutation iaitu sejenis sulfur yang berfungsi sebagai bahan antioksidan untuk mata. Walaupun mudah diperoleh tetapi tidak bermakna ia tiada manfaatnya.
>>Teh

Berita gembira kepada penggemar-penggemar teh di luar sana. Anda sebenarnya sedang melakukan rawatan mata untuk mencegah penyakit katarak. Kajian telah menunjukkan bahawa teh berupaya mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Malah, pakar turut menjelaskan sekiranya saluran darah di sebalik mata terlalu banyak maka ia boleh mengakibatkan kebocoran darah yang mana cecairnya boleh menyebabkan masalah bintik buta.


>>Kacang walnut

Bagi mengelak masalah radang mata, kacang walnut adalah jawapannya. Kacang yang kaya dengan sumber omega-3, vitamin E dan kandungan antioksidan itu dikatakan mampu menghasilkan nutrisi yang baik terhadap mata.

>>Tomato

Ramai tidak tahu bahawa buah tomato juga baik untuk kesihatan mata. Kandungan dua nutrien penting di dalamnya iaitu lycopene dan lutein dikatakan berupaya mencegah penyakit kanser mata

Tomato
>>Kacang soya

Kacang soya bukan sahaja baik untuk kulit malah ia juga membantu melindungi mata dari kering. Produk-produknya seperti kicap dan tempe mengandungi bahan antioksidan yang tinggi iaitu isoflavon. Bahan tersebutlah yang membuatkan mata anda sentiasa lembap dan bercahaya.

 :: HuGs & kiSs ::

2 Comments:

Hidayah Suhailee said...

wah.. yaka bawang merah & putih pun? wah.. nice share.. :)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

ok lepas ni kena banyak makan carrot...kacang walnut dan tomato je.. bawang xmo..busukk..hihi

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-