Hai semua..
Jumaat lepas bertarikh 10.10.2014 diumumkan
oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai bajet 2015
teruja ai dok depan tv mendengar. Sejak masuk 20-an ni dah pandai
tahu inti pati pasal bajet negara untuk kita semua
sebagai rakyat. phew! kalau dulu buat dekk jer..
Antara Intipati yang dapat dalam Bajet 2015:
*Petrol, Diesel & LPG tidak dikenakan GST
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah sebulan tidak dikenakan cukai pendapatan
* Rebat bayaran balik PTPTN sebanyak 10% diteruskan. Bayaran penuh rebat 20%
* Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 setiap pelajar sekolah rendah dan menengah mulai Januari 2015
* Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan peralatan pengajian
* BR1M akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dibayar 3 kali pada Januari (RM300) & Mei (RM300) & September (RM350) 2015
* BR1M isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000-RM4,000 dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 dibayar Januari, Mei & September 2015
* BR1M golongan bujang berusia atas 21 tahun berpendapatan tidak lebih RM2,000 dinaikkan RM50 kepada RM350 dibayar awal tahun depan
* Kakitangan awam akan mendapat bonus setengah bulan atau minimum RM500 manakala pesara kerajaan RM250 akan dibayar pada Januari 2015
* Skim Perumahan Belia 20,000 unit rumah (RM500,000 maksimum). Belia berkahwin 25-40 tahun dengan RM10,000 maksimum pendapatan isi rumah serta maksimum pembiayaan 35 tahun diberikan 10% jaminan pinjamam oleh kerajaan. kerajaan akan sediakan bantuan RM200 sebulan kepada peminjam untuk dua tahun pertama untuk mengurangkan beban bayaran ansuran.
Psst.. bersyukur lah dengan apa yang ada walaupun ramai yg tak berpuas hati..
"Rezeki Allah Maha Luas..Pasrah dengan ekonomi sekarang..
Nak tak nak kena terima juga untuk tahun mendatang "
Terima kasih sudi baca entri
:: HuGs and kisS ::
0 Comments:
Post a Comment