Sedikit tips memilih cincin perkahwinan /tunang
Moga membantu bride macam ai nih.Hehe
Kebanyakan bakal pengantin akan membeli cincin berbanding barangan perhiasan lain untuk majlis perkahwinan. Namun, pastikan kita memilih cincin yang sesuai mengikut citarasa dan budget kita.
1. Mencari Contoh Design yang Disukai
Digalakkan untuk mula mencari contoh-contoh design cincin seawal 3 bulan sebelum tarikh pernikahan. Kita boleh google di internet atau pergi ke kedai cincin bersama pasangan untuk mengukur saiz cincin dan melihat sendiri contoh cincin disana. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin menempah cincin, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 bulan. Jadi, bersedia awal-awal untuk mengelakkan masalah.
2. Mengatur Budget
Kebiasaanya cincin untuk pengantin perempuan akan dibayar oleh pengantin lelaki jadi aturlah budget sebaik mungkin agar tidak terlebih budget. Berbincang dengan pasangan anda sama-ada mahu emas putih atau emas kuning kerana emas putih lebih mahal harganya. Jika ada permata, ianya akan jadi lebih mahal jadi rajin-rajin kan diri untuk bertanya di kedai sebelum membuat tempahan atau pembelian.
3. Pilih Design yang Simple dan Selesa
Pilih design yang tidak terlalu menonjol dan pastikan ianya selesa. Apa yang kita perlu lakukan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita, anda perlu ke kedai untuk cuba size yang sesuai. Ramai yang mencadangkan cincin perkahwinan yang bewarna putih dengan bentuk tatahan (berlian atau permata) berbentuk bulat.
4. Teknik Ukuran Size Cincin
Ambillah saiz yang besar sedikit kerana tips2 orang-orang tua, selepas kahwin pengantin akan bertambah berat badan. Tips kedua ialah jangan mengukur ketika pagi yang sejuk kerana jari akan sediki membengkak disebabkan kandungan garam yang agak tinggi diwaktu pagi. Waktu yang sesuai untuk mengukur selepas 10 pagi hingga ke petang.
5. Sesuai dengan Bentuk Jari
Untuk yang mempunyai jari yang kecil, tidak disarankan untuk memilih cincin yang lebar kerana tidak sesuai dengan bentuk cari anda.
6. Cincin yang Mudah Dibersihkan
Cincin perkahwinan akan dipakai untuk jangka masa yang lama, jadi weouls disarankan untuk memilih cincin yang mudah untuk dibersihkan samada anda boleh membersihakannya sendiri dan kedai cincin tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk membersihkan cincin.
7. Cincin Platinum
Jika kita suka untuk memakai cincin platinum, pastikan anda berhati-hati ketika melakukan aktiviti yang kasar kerana platinum mudah untuk tergores.Tambahan lagi, cincin platinum tidak sesuai dengan chlorox dan air yang bercampur chlorine (pemutih pakaian) kerana ditakuti platinum boleh terhakis.
8. Peratusan Emas
Cincin kawin yang biasanya dipakai para pengantin adalah emas dengan kadar 18 karat. Emas seperti ini berkadar 75 % emas dan bentuknya juga tidak akan berubah apabila dipakai dalam aktiviti-aktiviti harian. Jika Anda ingin menggunakan emas dengan kadar 24 karat, ianya kurang sesuai untuk dijadikan sebagai cincin kawin, karena ukuran 24 karat mengandung logam yang cukup lembut sehingga akan lebih mudah untuk berubah bentuk.
Lelaki tidak boleh memakai cincin emas dari segi hukum Islam jadi bagi lelaki pilihlah jenis cincin yang lain seperti perak (silver) atau logam biasa.
0 Comments:
Post a Comment