Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 June 2015

Tips Petua Lebatkan Rambut :)

Hai semua..Hari i nak berkongs tips petua orang tua
tentang lebatkan rambut yang ai sendiri alami :'(
Masalah rambut gugur atau rambut nipis semestinya satu masalah besar
 bagi ramai orang tidak kira lelaki atau wanita. 
Ianya berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak betul, 
cara penjagaan rambut yang salah, produk rambut yang 
terlebih banyak bahan kimia, 
cuaca yang tidak menentu, stress dan banyak lagi.
 melebatkan rambut,melebatkan rambut bayi,melebatkan rambut anak,melebatkan rambut secara tradisional,melebatkan rambut gugur,melebatkan rambut dengan cepat,melebatkan rambut botak,lebatkan rambut produk,lebatkan rambut santan,petua melebatkan rambut,rambut cantik,petua rambut cantik,tips rambut cantik,rahsia rambut cantik,gaya rambut cantik,petua untuk rambut cantik,nak rambut cantik,petua cantikkan rambut,cantikkan rambut,rambut panjang cantik
Kadang kala ianya buatkan lagi tekanan pada diri apabila 
melihat keadaan rambut yang gugur teruk dan menipis.
 Bahkan pelbagai tonik dan produk rambut yang telah 
dicuba dengan amaun wang yang besar turut
 dilaburkan semata-mata untuk melebatkan rambut. Meh nak kongsi petua
yang sesuai di amalkan untuk semua peringkat umur:'D

Daun Lidah Buaya
 Aloe vera plant isolated on white
Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

Jus oren
 

Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

Telur
03D66225
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.

Avokado
 avo?ado halves
 Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Minyak kelapa
 Coconut oil and fresh coconut
 Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.

Daun Inai
 Moroccan henna leaves and powder


Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

Limau purut hilangkan Kelemumur

Kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.

Santan Kelapa Hitamkan Rambut

Cara dia mudah sahaja, perah kelapa menjadi santan. Sapu rata santan pada seluruh rambut anda kemudia balut rambut dan kepala. Biarlan selama 15-20minit. Cuci hingga persih. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya jika kerap kali anda cuba petua ini. Santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut kita malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Santan kelapa menyihatkan rambut

Daun Bunga Raya Melebatkan Rambut

 Caranya...ambil beberapa tangkai daun pokok bunga raya bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya dalam sedikit air sehingga daun mengeluarkan lendir. Ambil dan lumurkan kerambut dan kulit kepala. Perapkan dalam 10-15minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua atau 3 kali seminggu. 
Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Daun Bunga Raya

Daun Rambutan Merawat Rambut Rosak.

Daun pokok rambutan dikatakan mampu merawat rambut kerng dan bercabang. Caranya, ambil segenggam daun muda dari pokok rambutan, basuh bersih, ramas hingga daun mengeluarkan lendir, lumur pada rambut dan kulit kepala. Lakukan 3 kali seminggu, insyaallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Buahnya sedap, daunnya berkhasiat.

Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.

Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Insyaallah bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.
Air Rendaman Kacang Hijau Lebatkan Rambut.

Ambil secawan kacang hijau basuh bersih dan kemudian rendam semalaman kacang hijau terbabit didalam bekas yang mana airnya lebih sedikit. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap dalam sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.
Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa

Yogurt Melembab dan Mengilatkan Rambut.

Yogurt berfungsi melembabkan rambut. caranya, sapu yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut. insyaallah, rambut anda akan mudah diuruskan dan menjadi lebih sihat.

Selamat Mencuba semua!! Terima kasih sudi membaca..
:: Hugs and kiSs ::

3 Comments:

Anonymous said...

daun bunga raya memang berkesan sekali pada rambut saya dulu. hasilnya, rambut jadi lebat.

prienceasy said...

Limau tu kulit yang dtumbuk atau isi nya?

prienceasy said...

Limau tu.. Kulit y ditumbuk atau isi?

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-