02 March 2016

Dress Kawin Ala Barbie Mariposa ✿

Hai semua...Welcome March :)
Bulan ai cukup umur untuk tahun ni. Teruja pulak rasa..hee
Okey bercakap pasal wedding. Semua gadis belum kawin suka!
yang sudah kawin macam ai pun masih teringin apatah lagi yang belum kan.
Paling mengujakan adalah dress wedding idaman.
Macam artis cantik, Anzalna meminati patung Barbie..Jadi..

Pada hari 27/2/16, telah berlangsungnya majlis resepsi buat 
pasangan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki yang bertempat 
di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur yang 
bertemakan British Royal dan Fairytale. 
Anzalna tampak begitu cantik dan menawan 
memakai gaun persis patung ‘Barbie’ hasil rekaan 
Tengku Putra Aziz daripada Cosry. 
Memang sangat cantik dan unik gaun yang dipakai Anzalna.




Dengan design baju yang lain dari yang lain.
 persis ala Barbie Mariposa.
Berkenani ai baju dress macam kelopak bunga-bunga gitu
Kalau tak silap ai, mengikut Hashtag yang Anzalna tulis
 di caption Instagramnya, gaun pengantin Anzalna ni 
diilhamkan dari Barbie Mariposa, butterfly fairy yang sangat 
cantik dengan gaun-gaunnya yang diperbuat daripada sayapnya sendiri. 

Sayap Barbie Mariposa ni  apabila diturunkan akan menjadi 
gaun seperti kelopak bunga. 
 Dipenghujung jalan cerita, gaun Barbie Mariposa transform 
menjadi orange dan pink yang sangat cantik.

Warnanya yang pastel menampak seri pada Anzalna
sungguhpun tidak dikenakan crown dan aksesori yang sarat.
Patutlah memukau, handpainted dan penuh swarovki okey gaun tu.
 Bukan sebarang gaun ni. Hehe. 

Okey! Lepas ni dress kawin Anzalna mesti jadi trend.
Nak tidak hanya tumpu pada Songket dan material sama sahaja,
:)

4 Comments:

Suhaiza Suki said...

anzalna dah laaa lawa! pakai cmni, mcm barbie doll betul. hehe

ailullaby said...

haah itu laa..angan angan Anzalna jadi kenyataan ;)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

cantik sangat dress anzalna... sesuai dgn dia cantik & classy. =)

Sop Nama Saya said...

wah, cantiknya :)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-