Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 April 2016

Supplement Sepanjang Mengandung Untuk Anak Pertama ♥

Salam keceriaan buat pembaca blog PINK kesayangan..
suasana lepas hujan buat ai terasa nak menaip di blog ;)
Best tengok iklan NUFFNANG menari-nari dalam blog..yippie!
Moga bertambah earning untuk tahun ni untuk mengisi tabung baby.
amin ya rabbal alamin..

Lately cuaca sangat panas. Dugaan Allah taala. 
Kita diuji dengan EL Nino. Moga Allah sentiasa merahmati kita..
Bagi ai seorang ibu mengandung.. Hormon dah bertukar..
Jadi kena sentiasa jaga kesihatan diri sebaiknya.

Banyak makanan yang tidak boleh dimakan dan perlu dipantang 
Contohnya ai masih tak boleh makan kari, sebab loya.
dan seumpamanya kerana tekak tak boleh terima.
Bawang putih dan halia lagi-lagi la tak boleh.

Makanan yang harus ai pantang pulak
semasa mengandung adalah makana yang jenis berangin dan panas.
Contohnya seperti tembikai, kobis, kekacang kecuali kobis
dan makanan yang berangin buat ai sebu perut dan sakit ulu hati.
Seterusnya yang paling ai tak tahan adalah ketika angin dah naik kepala.

Kalau masa sebelum mengandung boleh la telan panadol
tapi bila dah preggy ni, ai tak berani telan panadol
walaupun dah biasa makan dalam 4,5 kali jugak la.. my bad!
terasa bersalah sangat kat baby dalam kandungan.
Harapnya tak ada apa-apa. Amin. Doakan yang baik-baik untuk kandungan ai..

Setakat ni baby sihat, alhamdulillah..
supplement yang ai ambik tika pregnant sekarang 
selain ubat Obimin dan Iron tablet ni adalah :-


Minyak Kelapa Dara.. Sekali ai beli 2 botol terus yang jenis soft gel. Hee
ai jadikan supplement tambahan untuk dapatkan baby yang comels dan sihat
Selain khasiatnya maintainkan HB mama to be, memudahkan bersalin
In Shaa Allah banyak lagi keistimewaan nya.. 
ai memang tak akan lengahkan lagi untuk ambik VCO ni dari
awal kandungan 4 bulan, Syukur alhamdulillah...

dan satu lagi pengambilan salah satu produk Shakleee yang paling feveret iaitu

Fungsi Papermint Ginger ni adalah untuk mengurangkan loya mabuk..
Selain rasa segar..ai suka amalkan sebab ia melawaskan perut.
 Mudah buang air besar dan paling best menyahkan angin dalam badan.
Pengambilan 2 biji sehari buat perut ai selesa 
bila pedih ulu hati dan sakit kepala.
Memang puass hati sangat-sangat! ai bagi 5 bintang.

2 Comments:

Unknown said...

Ain salu amalkan VCO dengan obimin jerk..Memang rasa okay setiap masa..Shaklee sangat okay kan? :D

ailullaby said...

Ha itulaa rasa okey je setiap masa kan ^___^
Shaklee pun okey @Ain Cho'in

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-