Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 May 2016

Kenali Proses Fetus dalam Trimester Pertama

Hello May..Bubye April 2016..
Pantasnya masa sebab tidak lama lagi kita 
akan bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan 
Mubarak yang dirindui..Moga sempat bertemu lagi tahun ni. Amin :)
ai nak berkongsi tentang perkongsian yang ai baca dalam 
blog kesayangan ni..Untuk manfaat kita semua
terutama buat ibu mengandung/ momma to be

Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus
 untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali
 dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan
 menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis
 ditanam dengan kukuh pada endometrium.

 Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio 
ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk
 tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

 Minggu 4
Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung.
 Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini,
 akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus.
 Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta 
(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas 
kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini
 dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah
 yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. 
Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu
 paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing
 yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.
Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. 
Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan 
embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. 
Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio 
kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya
 hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu
 akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga 
berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, 
bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. 
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. 
Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan 
otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan 
jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, 
anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
 Anda juga turut mudah berasa letih. 
Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir,
 lidah dan giginya dalam proses pembentukan. 
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. 
Dalam pada itu, tulang belakang, usus
 dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan 
jika anda berdiri terlalu lama. 
Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, 
anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
 Anda juga turut mudah berasa letih. 
Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, 
malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. 
Begitu juga dengan kaki dan tangannya. 
Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan 
untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. 
Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis 
disebabkan oleh perubahan hormon. 
Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.
Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini 
mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang
 lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna 
seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus
 ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.
 Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. 
Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. 
Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa
 sesuai dengan saiz baru anda. 
Minggu 11 
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk.
 Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir 
pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada 
dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan
 pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu
 ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan 
membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu 
mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. 
Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, 
segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. 
Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah
 mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah 
mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. 
Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu 
menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik 
seterusnya menukarkannya menjadi urin. 
Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. 
Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu
 perempat daripada berat badan normal di antara minggu
 ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan
 berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. 
Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan 
diet anda mengandungi himpunan makanan yang 
baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Ikuti sambungan entri untuk trimester kedua dan ketiga
Selamat membaca dan terima kasih uOls...
:: Hugs and kiSss ::

0 Comments:

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-