25 May 2016

Cadangan Nama Baby..

Holla..Hai Assalamualaikum..
Lately ai suka sangat tengok warna ungu dan nak ber-mekap
rasa minat sangat kat warna tu dan teringin gile-gile nak bermekap ;)
Siap beli Oval brushes mekap 1 set dalam 10 berus camtu.
Walaupun tak reti mekap, tapi tetap nak belajar..Nak cantik-cantik kat suami.
Sekarang belum beli alat mekap yang macam concealer, foundation
dan macam-macam lagi. Tengok orang mekap macam tak sabar nak conteng 
muka sendiri. Kenapa eh ? ;)


Teringin nak buat kening cecantik. Suka tengok girl yang bermekap cantik.
alahai nak conteng muka sendiri belum pandai ;p
Banyak lagi yang ai kena belajar. Tapi siyes memang mood nak main
mekap tu luar biasa. Kalau sebelum ni ai guna mekap basic je.
Bedak compact pixy  dan lip balm je. Siapp!
ni teringin nak mekap cecantik macam orang lain jugak. 
Pengaruh dan mengidam apakan ini..hehe
Nasib encik suami izinkan ai beli set brushes tu. 
Walaupun sedikit mahal.Syukur alhamdulillah.. 
Suami sangat memahami. hikss. Thanks Sayangg :*

❤         

Dah masuk kandungan 5 bulan ni rasanya dah sesuai cari nama baby kan? =')
tapi sampai sekarang, ai dan encik suami belum ada
nama pilihan. Kononnya sebelum kawin masa zaman sekolah teringin nak
nama anak itu ini laa, Tup- tup dah kawin. Terus tak ada spare nama.
Memang berbeza sangat kan? :) Tapi ai suka!

Encik suami pun tak ada nama idaman yang 
teringin nak letak pada baby kami nanti.
Suami ai izinkan ai bagi nama untuk baby kami nanti.
Jadi yang ai idamkan sekarang, nak nama baby yang tak panjang meleret
atau nama yang pelik dan terlalu moden sampaikan tak ada maksud.
Itu jugak pesan suami ai untuk ai. 
Yang penting kena ada maksud yang baik-baik. In Shaa Allah

Boleh tak sesiapa cadangkan nama anak perempuan
yang sedap di dengar tapi dengan pangkal nama
  F+ R  
ai teringin nak letak nama dua perkataan tapi nak nama yang baik-baik :)
Harap uOls dapat membantu ai mencari nama baby sulung kami  ni ye.
Kalau anak lelaki pulak biar ada pangkalnya nama Muhammad .
kalau anak perempuan tak nak letak nama Siti ada Nur di depan.
Nak macam nama mama dia. Dua perkataan tapi 
tak ada nur dan siti di depan nama.
Harap korangg dapat bagi idea. Yang penting ai nak sediakan dua nama.
Sebab uOls belum scan..Terima kasih..  


0 Comments:

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-