Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 May 2016

Proses Fetus Dalam Trimester Kedua :)

Hai semua ❤❤❤
Terutamanya untuk mama to be.. Jom tambah ilmu ketika hamil..
ai nak sambung entri kenali fetus untuk trimester kedua pulak.
Sharing is Caring...Sambil tu ai belajar jugak tentang my baby..
Okey jom baca dan pelajari sama-sama...
Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. 
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. 
Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya 
sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya 
daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan 
membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
 Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. 
Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap 
dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan 
sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. 
Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya
 dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
 Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. 

Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. 
Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. 
Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. 
Semua itu adalah untuk memastikannya mampu 
menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan
 kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih
 bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, 
inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan 
keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.
Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. 
Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. 
Rambut pada kepala juga semakin menebal. 
Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. 
Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. 
Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda 
selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. 
Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika 
ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. 
Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. 
Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui 
semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 
16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. 

Selera makan juga semakin bertambah. 
Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. 
Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. 
Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap
 di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. 
Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.
Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. 
Deria rasanya juga sudah mula dibina. 
Bayi anda sekarangsudah mempunyai cap jarinya sendiri. 
Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya.
 Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar 
di samping kehadiran sedikit tanda rekahan 
pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. 
Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa
 dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.
Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana 
mereka belum pun mengumpul lemak.
 Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula
 peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. 
Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba 
bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat 
yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran
 kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak.

 Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin 
mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana
 semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak
 seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. 
Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. 
Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan
 beberapa perubahan sampingan yang ketara 
pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.
 Minggu 19
Bayi Anda

Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar.
 Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. 
Dalam masa yang sama, tunas untuk 
pembentukan gigi kekal juga muncul. 
Janin anda sudah menjangkau 23 sm 
dengan beratnya kira-kira 285 gm.
Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. 
Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara
 kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. 
Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. 
Jangan risau, semua itu akan kembali 
seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

 Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula 
menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya 
daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
 Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.
Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah
 kelihatan sama seperti ibu hamil lain. 
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, 
pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah 
ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. 
Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

 Minggu 21 
Bayi Anda

Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda 
akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah
 kalau setiap malam tidur anda diganggu. 
Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut 
sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan
 cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah
 semakin besar dan beratnya kira-kira 
390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat
 perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi 
dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah 
untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit 
akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang.
 Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga
 dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat 
persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

 Minggu 22

Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya
 ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. 
Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda
 melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. 
Sistem pernafasan mereka masih dalam proses 
pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk
 menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini \
berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit 
akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. 
Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak 
mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat 
tangan dengan lurus melepasi kepala. 
Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, 
amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda
 cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

 Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. 
Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna 
dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun
 terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan
 berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan 
jumlahnya semakin berkurangan apabila usia
 anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 
31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut.
 Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. 
Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk 
pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. 
Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin 
mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi 
anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan
 stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar 
kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda 
sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda

Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak 
setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki 
anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang
 bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa
 tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Nanti kita sambung part trimester ketiga pulak ye..
Terima kasih sudi baca. Hugs and kiss! muahx

1 Comments:

Hana said...

Hana doakan yg terbaik utk baby ai dan ai juga..jaga baby belai2 baby slalu tau ai..

Doakan hana juga yee..

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-