Holla world..hello my baby ^___^
Jom sambung sharing minggu ke-23 hingga minggu ke-38 pulak.
Ini entri terakhir tau sebelum mama to be bergelar mama.
Ok jom tambah ilmu. Ai pun sharing dari apa yang ai baca ;)
Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.
Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda
semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali
cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka.
Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut,
dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang
berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.
Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya.
Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah
di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah
punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan,
sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.
Minggu 26
Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya
sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit.
Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan
suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan.
Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.
Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda
kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa
semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air.
Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan
anda berpeluang untuk berehat secukupnya.
Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 27
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya.
Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian
abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar
menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari
atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran
36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah.
Antara bahagian yang paling ketara pertambahan
beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada
bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian
baju dalam yang sesuai sangat penting.
Elakkan berbaringsecara menelentang kerana cara in
i akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam
masa yang sama salur darah anda akan ditekan
oleh rahim anda yang semakin membesar.
Minggu 28
Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada
bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan
sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak
150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.
Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum
iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan
pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli
bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini,
darah anda akan diuji buat kali kedua untuk
melihat tahap anemia dalam badan.
\Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan
zat besi berbentuk pil akan diberikan.
Minggu 29
Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang
dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan.
Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya.
Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka
dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam
1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam
kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan.
Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama
ada dengan duduk atau berbaring
Minggu 30
Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut
keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah
1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.
Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar.
Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah.
Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi.
Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian
kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya.
Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi
semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan
memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa
sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar
posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau
1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah
Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah
berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. J
adi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa
kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian
anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan,
menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi
berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan
kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar
pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg.
Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang.
Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan
pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna.
Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula
berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran
41.5 sm dengan berat 1.8 kg.
Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat.
Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih
kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa
tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif
terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup
matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.
Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Berat badannya kini menjangkau 2 kg,
Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.
Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi.
Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut.
Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit.
Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.
Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda
ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang
akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang.
Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan
keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula
pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang.
Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda
ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan
anda kini semakin mencapai tahap matang.
Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap
jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.
Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga
rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan.
Pemeriksaan kehamilan pula akan
dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan.
Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan
cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.
Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.
Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini.
Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.
Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan
dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman.
Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu
untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.
Baby dah matang! Bersiap sedia bergelar ibu..
Selamat melahirkan baby wahai ibu..
Hari ni genap 8 Mei..Selamat Hari Ibu ai ucapkan kepada
ibu ai dan semua ibu di Malaysia dan seluruh negara,
Hugs and kiSs..Terima kasih sudi membaca..
Moga boleh jadikan panduan buat mama to be di luar sana.
0 Comments:
Post a Comment