13 June 2016

Koleksi NaMa NaMa Pilihan BaYi ❤

Salam Ramadan Mubarak.
Hari ni masuk Ramadan ke-8 dah. Syukur..
Masa sangat pantas. Sekejap saja menginjak ke beberapa hari
umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia ini :)
Kali ni ai nak berkongsi tentang buku yang menjadi pilihan weouls suami isteri 
dalam pemilihan pencarian nama yang diberkati Allah taala.

Dalam entri sebelum ni LINK {klik disini} ai telah meminta cadangan 
dari blogger untuk pilihan nama baby yang sesuai dengan pangkal huruf F+ R 
Alhamdulillah, Sabtu lepas, ai dan encik hubby pegi ke Hasani Bookstore
untuk mencari buku Koleksi nama-nama Bayi.
dan bestnya, kami berdua dapat banyak sanagt pilihan buku disitu.

Setelah setengah jam memilih sehingga ai dan encik hubby duduk bersila
 membaca di ruangan yang di tempatkan buku-buku nama pilihan.
Akhirnya kami suami isteri berpakat nak guna 2 buku ini sebagai pilihan untuk 
rujukan memilih nama putera/puteri sulung kami 

Taaaaraaaa !! 
Satu untuk pilihan bayi perempuan, dan satu lagi untuk pilihan nama bayi lelaki.
Comel kan cover buku pun. Heart it! hee


 Nama Pilihan Untuk Baby Girl

A'ishah-kehidupan
Adra - perawan
Aiisha- penolong
Aleeya- mulia
Amani-cita cita
Fateen -mempersonakan
Fathia -kemenangan
Fasiha- pandai berbicara
Kalila -kekasih
Lathifah- wanita yang baik
Maisara- ketenangan
Nadra- berharga
Naura - bunga
Noura- sangat mencintai ilmu
Zaleha- murni dan tinggi
Safeya/safia - tenang,bersih
Salwa-penglipur lara
Zaara - bunga/indah
Zahara-putih
Zulaikha - cantik/ cergas
Jazzmine -bunga yang harum
Rafifah - berakhlak baik
Raihanna-manis

Nama Pilihan untuk Baby Boy

Aakif- orang yang beriktikad
Aathif- belas kasih
Abduh- hambanya
Al fattah-yang maha membuka
Allauddin- ketinggian agama
Fahmi-pemahaman
Farhan-kebahagian
Faiz-menang
Fattah-penakluk
Firdaus-surga tertinggi
Hakeem- keadilan
Hanif-teguh lurus
Ibrabim-penguasa yang baik
Imran-kehormatan
Imraan-tuan rumah
Izzuddin- yang mulia
Kalief-suksess
Lutfi-baik hati
Mulia-berkuasa
Naufal-pemuda tampan
Raafiq-rezeki
Shaakir-berterima kasih
Shafi-jernih
Sauqi-kasih sayang
Tariq-penaklukan
Umarr-org yang tertinggi
Uwais-pemberian
Uzair-penolong
Yusuff-nama nabi(tampan)
Ziqri-keadilan

Sebagai contohnya ai huraikan sikit nama sebagai contoh yang sedap
 di dengar bersama maksud yang baik. Banyak pilihan sebenarnya.
Al-maklum lah anak pertama, eksated sikit nak piliha nama. hikss
Harap ai jumpa yang sesuai untuk baby ai nanti :)
Doakan ya. Terima kasih sudi membaca.

* Happy nak memilih nama anak sendiri* Perasaan tu hanya Allah yang tahu.
: Hugs and kiSs ::

2 Comments:

Nabila Syifa said...

dah dapat nama ?

ailullaby said...

In Shaa Allah..dah ada ^___^ @Nabila Syifa

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-