Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 June 2016

Kuasa Allah Maha Hebat ❤

Salam Jumaat semua.
Sedar tak sedar kita dah memasuki Jumaat kedua dalam bulan Ramadan.
Punyalah cepat masa, ai yang suri rumah pun terasa cepat sangat masa berlalu.
Syukur kite dah memasuki ibadah puasa hari yang ke-12..
disambut pulak dengan hujan renyai-renyai pagi ni. Sungguh barakah dan syahdu.

Pagi Jumaat yang mulia ini tergerak hati ai nak sahring mengenai apa yang ai rasa
tika ini, pabila terlihat di Facebook mengenai kehamilan.
Sesungguh nya jauh di sudut hati ai..ai bahagia memiliki nyawa yang sedang membesar
dalam perut ai ni. Subhanallah! Allahu Akhbar..
Sebulan pertama baby dalam kandungan  - ai selera sangat makan.
Tiada kerisauan tentang alahan dan cuma sakit di bahagian ari-ari terasa macam nak period.
Banyak amalkan kismis . Sampai seminggu sebotol habis.

2 bulan baby dalam kandungan ❤ -ai tart alahan, pening, muntah-muntah 
dan hormon tak stabil. Alah bau tumis dapur dan alah bau bilik air. 
Ubat pun ada yang tak boleh makan, Bila makan muntah semula.
Kerap letih dan nak baring. Serta tak ada selera makan.
Ikan tak boleh bau termasuk ikan goreng. Kari dan makanan bersantan tak selera 
langsung. Cuma makan sayur dan nasi. Itu pun kuantiti sedikit.

3 bulan baby dalam kandungan - ai masih lagi alah tapi dah boleh makan ikan 
goreng sikit-sikit.Masih cepat letih dan pening. Suka tidur..Kerap baring dan masih 
muntah bila bau tumis terutama bawang putih dan halia. Sangat tak suka!
Suka makan makanan masam dan masin. ^___^ terutama asam boi dan mangga muda.

4 bulan baby dalam kandungan  -ai dah mula rasa berselera makan. Tapi masih ada saki baki 
alahan yang buat ai masih terasa mual. Pertengahan dalam kandungan 4 bulan lebih.
ai dah mula selera makan. Muntah pun dah makin kurang. Hehe.
Mula ngidam itu dan ini. Suka sangat feeling tu. Suami layan kan je..
Masih suka masam-masam. Sebab rasa nikmat :)

5 bulan baby dalam kandungan - alahan ai mula hilang sepenuhnya. 
Nafsu makan dah membuak-buak. Maklum lah dah masuk trimester kedua.
Minggu ke-17 atau minggu ke-18 ai dah mula rasa gerakan manja dalam rahim ai.
Bahagianya! Pada pertama kali rasa macam sedar tak sedar. Lama kelamaan rasa bahagia.
Gerakan comel tu terasa kadang-kadang saja sebab baby masih kecik 
dan sedang membesar dengan jaya. Baby bump dah mula nampak. Hikss.
6 bulan baby dalam kandungan ❤ -ai dah rasa makin kuat. Dah mula rajin buat kerja rumah
dan jalan-jalan. Kalau tidak tak suka bersiap keluar sebab rasa nak baring je.
Suka memasak, suka mekap dan suka menjahit. Suka warna ungu, biru dan pink.
Makan pun dah makin banyak dan berselera, Perut pun dah makin lama rasa makin besar.
Makin lama terasa makin berat. Baby makin aktif dalam rahim mama dia.
Alhamdulillah, ai boleh berpuasa dengan baik dan diberi kesihatan oleh Allah taala
untuk merasa nikmat berpuasa tika sedang hamil. Syukur sangat-sangat:')

Okey setakat ni dahulu, sebab ai belum memasuki fasa trimester ketiga.
Yang mana lagi banyak cabaran nya, In Shaa Allah..jika ada izin Nya..ai akan story
dalam blog PINK ni ye. Baby dalam perut sangat behave. Mama sayang anak mama. 

Pssst ..Lupa nak cakap, sepanjang mengandung ni , ai suka sangat bau suami dan 
segalanya tentang suami. Suka cium dan bermanja dengan suami. In Shaa Allah, 
mudah-mudahan anak ni suka akan ayahnya dan rapat kelak. ai dengar kata orang tua-tua la.
Jika kita suka bau suami, maka anak dalam tummy ni pun akan suka pada ayahnya
bila dah keluar nanti. Yang baik-baik in Shaa Allah menanti. Doakan ai ya!



6 Comments:

Madam N said...

tahniah jd mummy

Unknown said...

Semoga dipermudahkan segala urusan yer. Suka nya dapat baby nanti..Congrats in advance

Unknown said...

ya Allah seronok nya baca. Alhamdulillah baby dan mama elok-elok je. Hee. Bestnye, bile lah saya dapat merasa nikmat yang satu ni. Doakan saya ye :) Kalau boleh habis je belajar lagi setahun, nak ade baby dalam perut dah. Hihii <3

ailullaby said...

In Shaa Allah coming soon @Nabila Syifa :)

ailullaby said...

amin.. terima kasih atas doanya @Shiqeen Sattar :)
terharu.... :')

ailullaby said...

Terima kasih @Atieqah Arr :)
In Shaa Allah ai jaga diri dan baby elok-elok..

Ai doakan atieqah jugak akam ade baby dalam perut suatu haari nanti..

amin ^___^

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-