Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 June 2016

Perkara yang Digemari / Tidak Digemari tika Mengandung

Salam Jumaat yang barakah.
Pantas masa berlalu, hari ni dah merupakan Jumaat terakhir di bulan Syaaban.
Bermakna kurang dari tiga hari umat Islam akan bertemu dengan bulan Ramadan.
Moga kita berkesempatan melaksanakan ibadah di bulan mulia ini.

kali ni ai nak menaip entri seperti yang ai dah janjikan pada uOls.
Perkara atau makanan yang ai tak suka sepanjang mengandung dan 
perkara atau makanan yang ai suka tika mengandung. Suka dan tidak suka ye?:)

Masa preggy ni ai perasan ai suka makanan yang masam dan masin.
Kurang kepada makanan yang manis-manis. Pedas pun ai suka jugak tapi kurang.


Buah limau sunkist ni paling feveret! Potong 2 biji setiap hari. Lepas tu, letak garam sikit.
Memang boleh buat ai kecur air liur uOls. Hehehe
Selain buah limau, ai suka buah mangga muda. Mangga yang dah masak tak berapa suka.
Mungkin sebab ia manis, rasa tak puas. Nak yang masam jugak. 
Macam biasa mesti nak cicah garam. Terasa puas di tekak. ngee :'D

kalau awal-awal preggy dulu memang nak masam je.
Macam asam boi, mempelam, jambu susu dan tomyam.
Bila beransur masuk trimester kedua ni, ai lebih suka makan buah limau sunkist dan air vitegen.
Sekarang dah kurang minum air vitegen perisa anggur dan oren dah.
Sebab suami belikan air ribena. Jadi bulan puasa ni minum air ribena la ai uOls. Hehe

Masuk je trimester kedua ni, dah mula rajin ke dapur.. Dah mula rajin nak pakai 
cecantik bila keluar jenjalan. Terasa nak bermekap lawa-lawa sampaikan terbeli berus mekap
yang satu set ada 10 pieces tu. Huhu. ai is excited! walhal sebelum ni mana tau mekap.
Ni pun baru belajar dari tutorial dan youtube. Barang basic mekap pun baru belajar.
Tapi keterujaan tu nak ke arah nak cantik dan lawa je. hehe

Kemudian, lately ai perasan ai suka sangat warna Ungu terutamanya.
Entah nampak ungu je terus rasa jatuh cinta, Simptom pembawakan apakah ini? 
Kemudian suka tengok warna pastel. Yang sweet-sweets. Rasa macam nak kunyah-kunyah je


Dah lama tak pakai contact lense tika mengandung ni. Orang kata 
tak elok pakai lense tika preggy.Sebab kalau power tu makin tinggi jika 
pakai masa ngandung ni. Sebab hormon kita tak stabil.
Sebab tu untuk lebih selamat. Pakai la cermin mata saja semasa mengandung ni ;)

Betul la kata orang, semasa mengandung ni cepat sensitif dan ingin dibelai.
Sekarang ni ai rasa mudah emosi. Ke arah mudah menangis dan ingin selalu dimanja suami.
Lagipun setakat ni, apa saja yang ai teringin makan, mesti encik suami akan carikan.
Syukur alhamdulillah :') tapi simptom paling bahaya bila ai tengok intagram ke facebook
contohnya bab makanan boleh cepat teringin tau. 
Tapi syukur alhamdulillah, durian ai langsung 
tak terasa nak makan, Haha. Walaupun sekarang orang banyak pos pasal durian kan. Musim la katakan. Tapi memang durian tak elok dimakan sangat tika preggy kecuali memang
mama to be teringin mengidam sangat-sangat. Boleh la makan dengan kuantiti sedikit :)
Sekian, celoteh ai mengenai suka ke tak suka tika mengandung anak sulong dari
pengalaman ai sndiri. Terima kasih sudi membaca. Hugs and kiSs!

4 Comments:

Yowanda Erlangga said...

Halo berkunjung disini, semoga harimu menyenangkan. Kunjungi blog saya juga ya Palleton blogger template

ailullaby said...

Terima kasih :)

Semut Senyum said...

woaaahh... dapt jugak laa merasa nikmat pregnant... saya ni masih gigih lagi ni haaa.. hehehhe =D doakan saya ye.. =D

ailullaby said...

Syukur alhamdulillah :) dapat merasainya....
In Shaa Allah ..tak lama ada la rezeki awak @Semut senyum..


:"D

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-