18 July 2016

Diary Pregnancy 3rd Trimester..

Hai semua, Salam Syawal ke-13..
Moga semuanya dalam keadaaan ceria dan bahagia selalu.
ai macam biasa dah masuk 3rd trimester mula la kerap ke klinik.
Esok dah mula kira pergerakan baby dalam peyut..

Check up 7 bulan hari ni kena cucuk kancing gigi buat pertama kali.
dan buat pertama kali pegi check up baby sulung tak ditemani encik suami. 
tak apa..baby dan mama kuat. Kena jumpa doktor pulak hari ni sebab
suspeks kencing manis. Hadoii sabar aje lah hati..
Ujian darah untuk diabetis gestasi
Memang ibu-ibu mengandung tak lari dari masalah kerisauan.
tapi kita tak boleh la risau berpanjangan. Kena juga think positif untuk
baby dan diri sendiri. Memula semuanya okey..
Lepas tu scan baby minggu lepas cakap kedudukan baby songsang.
Sedikit risau..Hari ni pulak suspeks kencing manis. Phew...

Harapnya dapat bersalin normal laa..Macam-macam sekarang.
lagi check lagi buat mama to be risau..dan mulai sekarang
nurse cakap kena kerap jumpa dalam 2 minggu sekali dah.
Bukan lagi sebulan sekali. Mama redha sayang...Janji awak sihat :')

Memang macam tu kot presedur nya ya. 
Alhamdulillah masuk 7 bulan, HB dan tekanan darah okey.. Syukur sangat-sangat.
Mungkin sebab ai suka minum air ribena dan berhari raya ni..
kandungan gula dalam darah naik. Dari 4 lebih terus jadi 9.2... T_T
agak tinggi jugak bagi pertama kali untuk ai yang minum air gula untuk kali kedua.
Tak pasal memasal kena rujuk pakar pemakanan hospital berdekatan..Oh malasnya..
Lain orang lain ragamnya. Moga semuanya baik-baik saja.
Baby kuat ya sayang..ayah dan mama love you so much !
ai suka check up baby...tak sabar nak buat scan 3D/4D lagi. hikss..
dan minggu ke 32 kehamilan nak check kedudukan baby..Harapnya kepala di bawah dan
dalam keadaan normal. Bacaan jantung baby normal untuk check up tadi.
Kedudukan kepala pun normal tadi..alhamdulillah..
Harapnya baby selesa duduk kepala di bawah ye sayang...Doakan ai!

Blood Pressure : 110/70 - normal
Berat : 57 kg, naik 0.5 kg lepas sebulan
Kedudukan uri : normal.
Bacaan jantung baby : 156-157 : normal
kedudukan kepala baby : normal
Bacaan gula dalam darah : 9.2 (suspek kencing manis)
normal 4.0- 7.5 huhuhu

Harapnya semuanya berjalan lancar...amin
:: Hugs and kiSs ::

2 Comments:

SpendaLusuh said...

semoga dipermudahkan... insyaAllah...

ailullaby said...

In Shaa Allah...amin :)

terima kasih @SpendaLusuh

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-