21 July 2016

Shortlist Barang Baby

Hai semua....
Jadi suri rumah ni kerje ai mengadap lappy saja la,..
menulis blog dan melayan shopping online..upss! ;p
Fikir-fikir balik banyak jugak barang yang belum ai beli..
keperluan ai sendiri..set bersalin dan kain batik belum beli..

keperluan baby setakat ni dah ada set tilam kekabu.
Baju dalam 4 pasang pemberian opah dan maksu dia..
dan sarung kaki baru 4 pasang, itu pun dapat gift beli minyak kelapa dara. 
Sangat comels kot ! hehe..tu yang ai ketagih nak beli barangan minyak kelapa dara
tu sebab tak sabar nak dapat stokin comel untuk si manja tersayang..

Jadi banyaklah lagi keperluan baby yang ai kena beli..
Contoh : Barut baby dah order 15 helai secara online.
Bedung dan lampin..Baju newborn dalam 3,4 pasang lagi 
sebab baby cepat membesar. Pampers baby newborn dan pampers mama.
termos dan bakul, stokin dan sarung tangan baby ;)
Toiletries, minyak telon dan besen mandian.
Moga-moga ai tak tertinggal barang yang nak dibeli.
Alahai macam banyak lagi tak shopping..!!

Bestnya kalau ada baby fair area Ipoh..Teringin nak shopping habis habisan.
Minggu ni , in Shaa Allah encik suami nak ajak shopping barang baby
Mama nya so eksaited! Maternity shoot pun dah buat raya keempat lepas.
Tunggu fotographer edit gambar je..Merasa jugak shoot maternity shoot..
ai bersyukur sangat..Subhanallah ^_______^

 Dah siap boleh la ai share serba sikit ye uOls...
sekarang ni perkembangan baby..sangat aktif dan pergerakan nya dah terasa kuat.


Mama nya cepat lapar..Kena makan kerap tapi kuantiti sikit kata doktor..

Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital
  • Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  • Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  • Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  • Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  • Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  • Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti :)
  • Tudung Ekspress.
  • Kain Batik – 1 helai
  • Pakaian – Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je :)
  • Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan :) Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  • Handphone & pengecas
  • Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  • Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  • Baju Sejuk - 1 Helai
  • Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  • Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  • Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku 
Barang Keperluan Baby untuk ke Hospital
  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. Mak ai pesan siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi tak adalah kelam kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready
Nama baby dah dipilih tapi belum betul-betul confirm..
Sekarang dah nak masuk 29 minggu. Syukur alhamdulillah..
Moga Allah permudahkan journey baby #F..
selamat, mudah dan ai dipermudahkan bersalin..amin. 

2 Comments:

Nadia Farhana said...

Semoga semua dpermudahkan. x sabar nk tengok baby :D

ailullaby said...

amin ya rabbal alamin..
terima kasih @Nadia Farhana :)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-