13 July 2016

Teknik Semulajadi Ubah Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

Hari ni ai baru lepas scan baby di Klinik Kerajaan
dan patut la dari malam tadi rasa senak di perut macam sukar bernafas. 
Rupanya kepala baby ada di atas. Allah..
nak kata ai tak risau..adala rasa sikit-sikit. Balik klinik terus google
cari ilmu untuk kembalikan kepala bayi dalam kedudukan asal.

Apakah itu kelahiran songsang?
Kelahiran songsang adalah apabila punggung atau kaki bayi keluar melalui bukaan rahim di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang : • Jelas – punggung di bawah dan kaki terbengkok / tertletak di hadapan muka. • Penuh – bayi anda duduk bersila. • Ringan – satu atau dua lutut / kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim. 

Apakah menyebabkan kedudukan bayi songsang semasa hamil?

Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak pusing. Dalam kes-kes lain, kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan:
  • Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
  • Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
  • Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
  • Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
  • Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
  • Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom down, anencephaly, atau hydrocephalus.

Apakah tanda-tanda bahawa bayi berada dalam kedudukan songsang?

  • Ibu hamil memang tidak dapat merasa sama ada bayi dalam kandungan songsang. Tetapi jika ibu hamil mengandung lebih daripada 36 minggu,  mungkin boleh merasakan kepala bayi menekan tulang rusuk ibu atau dapat berasa bayi menendang dalam bahagian bawah abdomen. Ibu hamil patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Ia mungkin akan mengecewakan sekiranya kita tahu bahawa bayi kita menghadap arah yang salah ketika dalam kandungan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips dan petua  mengalih posisi bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan. Insyallah berjaya.
Jom kita baca tips dan petua mengalih posisi bayi songsang

1. Solat Hajat 

Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan dan mintalah daripada Allah supaya sepanjang  proses kehamilan ini dipermudahkan.

 2. Selalu Berdoa



Amalkan doa mengalih posisi bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Bacalah seberapa kerap yang boleh. Kalau boleh setiap minit baca doa ini. Insyallah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

3. Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa

4. Aktiviti Merangkak

Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Ibu hamil disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.


Kaedah Panas - Sejuk

Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

Letakkan pek ais di atas perut. Namun dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dengan harapan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam di Kolam Renang

Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Banyakkan Berada Dalam Keadaan Bersujud

Mengiikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 

Kepada ibu hamil yang mengalami posisi bayi songsang janganlah cepat berputus asa. Yang penting berikhtiar dan berusaha. Anggaplah ini adalah ujian kecil yang menuntut hambaNya supaya lebih taat, sabar dan lebih banyak melakukan amalan kerohanian dan ibadat kepada Allah. Lakukan tips dan petua di atas. Insyallah kita dapat mengelak berlakunya pembedahan.

Doakan ai jugak ye. Jom sama-sama berdoa dan lakukan solat 
hajat agar dapat bersalin secara normal. Amin :)

2 Comments:

Murni Alysa said...

Semoga dipermudahkan segala urusan kita..Aamiiin!

ailullaby said...

amin..in Shaa Allah @Murni Alysa :)

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2016 By AiLullaby-