Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 August 2016

Cara meneran dengan betul ketika Bersalin ♡

Salam buat blogger sekalian. Kali ni ai nak kongsi
mengenai pembacaan ai dalam blog kesayangan.
Terutamanya mama to be untuk anak pertama macam ai..
entri kali ni penting untuk persiapan diri sebelum bersalin :')

Cara meneran dengan betul ketika bersalin merupakan 
perkara penting dalam fasa terakhir perjalanan kehamilan seorang ibu. 
Pasti ibu-ibu dah tak sabar menantikan kelahiran cahaya mata 
walaupun terpaksa menahan sakit ketika dalam proses bersalin. 
Namun percayalah kesakitan itu akan hilang sendiri disaat kita melihat
 wajah anak yang dikandung selama 9 bulan. 

Meneran berlaku secara semula jadi ketika pintu rahim ibu sudah
 terbuka sepenuhnya. Bagaimanapun bakal ibu perlu belajar 
cara meneran dengan betul kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku koyakan 
teruk pada perineum atau digunting. Bagaimana cara meneran yang betul

Jururawat yang membantu ibu ketika proses melahirkan bayi kerap 
mengingatkan agar ibu jangan mengangkat punggung ketika meneran
 dan memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.
 Ia sememangnya mudah diucapkan tetapi tidak mudah untuk dipraktiskan 
apatah lagi apabila dalam keadaan panik.  Oleh itu pastikan, ibu turut 
berpesan kepada suami yang turut berada di sisi isteri ketika 
proses melahirkan anak untuk sama-sama membantu dan
 mendorong ketika meneran agar dapat mengelakkan risiko koyakan menjadi besar.

Jom ketahui cara meneran dengan betul ketika bersalin.
 Ia memang berguna sebagai pengetahuan dan persediaan semasa
 ibu hamil seperti ai untuk  berjuang di atas katil wad bersalin nanti.
Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita 
hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. 
Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Cara meneran dengan betul ketika bersalin
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran.
 Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit 
kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran.
 Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.
2. Mata pandang ke perut.
3. Tangan pegang pergelangan kaki.
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.
8. Dengar arahan jururawat dan doktor.
9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai. Baca bismilah, selawat dan doa 
(LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) 

Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin.
 Bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama 
dalam mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat 
Semoga ai dapat praktiskan ketika bersalin nanti. Doakan ai dipermudahkan bersalin. amin.
:)

4 Comments:

cikkyra90.blogspot.com said...

good info :)

Humaira said...

Salam,Blogwalking Thursday.

Semoga dipermudahkan bersalin..seram aii uu baca *terimagine masa depn..good luck!

Have a nice day

ailullaby said...

terima kasih awak @Faizah Syakira :)

ailullaby said...

amin..amin..ya rabbal alamin :)
terim kasih doakan ai...
have a nice day @Mas ...

 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-