Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Sya'ban. Cepat masa berlalu :')
Ai rasa time cuti nie ai seorang yang menghabiskan masa dengan laptop, famili dan di rumah. Selesa#
Memang habit ai lepak atas katil lalu online dan berblogging.

Semalam ai balik rumah dah berjumpa dengan atuk dan nenek di kampung. Sedara mara pun ada sekali. Best sangat suasana kampung. Banyak buah buahan dan ulam ulaman. Uols suka tak ulam ulaman..? buah buahan..? eee ai paling suka buah buahan tempatan seperti manggis, durian, rambutan dan banyak lagi.
Kalau uols nak tau juga ai suka makan ulam ulaman. Orang Melayu dulu2 time zaman pemerintahan..ulam ulaman memang menjadi amalan pemakanan nenek moyang kita. Sebab tue umur mereka panjang dan jarang jatuh sakit. Kalau meninggal pun mungkin sebab kemalangan ataupun sakit tua. Jarang dengar ornag dulu meninggal sakit Jantung, sakit Buah pinggang dan kanser. Ada npun mungkin sikit saja kuantitinya..#boleh dikira dengan jari.

Jadi ai balik kampung saje, mesti diberi oleh nenek ulam ulaman yang pelbagai jenis termasuk yang agak pelik dan cuma di kampung saje yang ada. Unik kan..? eh jangan tak tahu daun senohom atau daun kesum pun ai buat ulam tau. Walaupun rasanya agak pedas. Pendek kata, ciptaan Allah tu Maha Luas.
Okey, walaupun kita di era moden, amalkan laa ulam ulaman dan buahan buahan dalam pemakanan seharian kite ye. Akhirul khalam, jaga kesihatan yang di kurnia allah sebaik baiknya. Moga haari isnin yg ceria. As salam.
2 Comments:
inna xpndai sgt nak mkn ulam2 nie..tp klo buah-buahan nie bedal habis jer..^^
hehe.. cuba makan sikit2..pasti boleh.. ;)
Post a Comment